28 Ogos 2011

Cara Pasang Fail .deb Pada iPhone


Fail .deb adalah salah satu jenis fail instalasi yang berfungsi pada persekitaran peranti iOS yang telah di "jailbreak". Biasanya fail ini dipasang menggunakan Cydia melalui sumber yang telah kita sediakan dan disahkan. 


Bagaimana pun, terdapat juga sumber yang kita masukkan tidak ditemui Cydia, atau kita memperoleh fail .deb ini dari mana-mana sumber tertentu. Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa membuat pemasangan fail .deb secara manual.

Ikuti panduan di bawah untuk memasang fail .deb pada iPhone atau iPod anda.
Continue Reading

18 Ogos 2011

Perkhidmatan SMS percuma


Terlanjur meneroka komunikasi alternatif melalui entri sebelumnya, terjumpa pula laman web berkaitan dengan SMS secara percuma. Alternatif juga, kan?

Sebenarnya, tiada yang baru bagi mereka yang sudah terbiasa dengan SMS dari internet ini. Malah, dengan akses komunikasi yang pelbagai dan semakin canggih, agak sukar juga komunikasi teks kuno ini mendapat tempat di hati kita =)

Namun, jika ada yang berminat atau mencuba kelainan alternatif sedia ada, bolehlah teruskan membaca idea singkat ini...
Continue Reading

03 Ogos 2011

Pemimpin dan Kepimpinan


Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para pendengar. Bagaimana pun, pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya, gerak-geri Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan sesekali di sebelah kiri. Secara tidak langsung, orang ramai menyedari bahawa gerakan tangan Khalifah tidak ada kaitannya dengan kandungan pidato.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template