31 Januari 2011

Capaian Internet: Di Saat Kerajaan Menutup Suisnya


Krisis di Mesir merupakan satu contoh situasi yang mana sebuah kerajaan menutup capaian internet kepada penggunanya. Tindakan ini sebenarnya mudah dibaca memandangkan internet mampu memberi kesan yang besar kepada kebangkitan rakyat Mesir. Malah, mungkin tindakan serupa juga boleh dilakukan oleh mana-mana kerajaan (zalim) bagi menidakkan kehendak rakyatnya.

Di sini, kami berpendapat, jika sekiranya ISP atau Penyedia Perkhidmatan Internet gagal berfungsi akibat kerajaan menutupnya, mungkin beberapa kaedah di bawah boleh dicuba.


Kembali Kepada Asas
Tiada ISP bermakna tiada internet. Jadi, kita terpaksa menggunakan kaedah lain sebagai asas komunikasi secara talian. Antaranya ialah dengan menggunakan FidoNet, iaitu satu rangkaian komunikasi BBS (Bulletin Board Systems) yang popular pada awal 90-an.

Sebenarnya, teknologi FidoNet hanya mampu menghantar mesej ringkas secara terhad dan perlahan tetapi mempunyai dua kelebihan utama iaitu pertamanya mampu menghubungkan pengguna secara serentak, yang menjadikan komunikasinya sukar dikesan, dan keduanya, setiap pengguna mampu bertindak sebagai pelayan, bermakna pengguna lain akan mengambil alih tugas sebagai pelayan jika pelayan sebelumnya berjaya dikesan dan dimatikan.

Penggunaan Radio Amatur secara meluas juga perlu digalakkan di kalangan orang awam. Ini kerana, ia boleh menjadi teknologi komunikasi yang amat diperlukan jika internet ditutup oleh kerajaan. Isyaratnya agak sukar dikesan, selain terlalu rumit untuk kerajaan menghalang dan menutup saluran komunikasinya. Seseorang Operator Radio Amatur yang pakar mampu menghantar dan menerima komunikasi dalam pelbagai jarak samada di dalam atau di luar negara.


Persediaan Awal
Di negara yang tiada internet, dapat dial-up pun sudah memadai. Justeru, cuba dapatkan peralatan berikut lebih awal sebagai persediaan sebelum mereka memotong talian.

Jika diberi cukup ruang dan persediaan, satu rangkaian radio amatur mampu diangkat sebagai rangkaian ad-hoc persendirian dengan menggunakan Packet Radio iaitu satu alat protokol komunikasi radio yang mampu kita gunakan untuk menghasilkan rangkaian tanpa wayar jarak jauh yang ringkas bagi menghantar teks dan pesanan-pesanan lain ke komputer. Packet Radio juga perlahan serta tidak popular, tetapi satu-satunya peranti rangkaian yang mampu menyembunyikan mesej yang dihantar dari dikesan pihak berkuasa.

Krisis di Mesir juga berjaya membuka mata banyak pihak tentang pentingnya komunikasi dalam suasana darurat. Salah seorang darinya ialah Bre Pettis, iaitu pengasas ruangan para hacker, NYC Resistor. Beliau telah menyebut tentang "Apps for the Appocolypse", iaitu aplikasi yang sesuai digunakan semasa ketiadaan internet. Aplikasi ini mungkin sekali bakal dipasang di telefon pintar pada masa akan datang.

Kepelbagaian teknologi dan aplikasi hebat yang dihasilkan untuk kegunaan komputer juga boleh dimodifikasi atau diubahsuai kegunaannya mengikut keperluan. Contohnya ialah PirateBox yang dicipta oleh David Darts. Secara umumnya, peranti ini digunakan untuk berkongsi fail dan P2P secara setempat. Pun begitu, kita juga dapat mewujudkan satu rangkaian perkongsian fail dan komunikasi secara lebih meluas dan mudah di antara sesama pengguna PirateBox, walaupun tiada talian internet. Selain komputer, PirateBox juga dapat dipasang pada telefon pintar.


Membina Rangkaian Ad-Hoc WiFi
Komunikasi secara mudahnya bermaksud tindakan verbal atau saling tindak di antara dua pihak dalam menyampaikan mesej. Jika internet ditutup, tidak bermakna bahawa saluran komunikasi melalui komputer dan
peranti yang bergantung padanya juga terhenti. Cuma, apa yang berlaku ialah pengguna tidak dapat berhubung antara satu sama lain kerana tiada rangkaian komunikasi.

Pada saat ketiadaan internet, rangkaian komunikasi yang mampu kita pasang sendiri ialah WMN (Wireless Mesh Network). WMN berperanan sebagai nod gelombang radio yang bertindak menyelaras dan menghantar komunikasi yang dilakukan dalam jarak tertentu. Walaupun sewaktu talian internet tiada, ia masih mampu menjejaki antara satu sama lain. Ini bermakna, setelah pengguna berada dalam gelombang ini, mereka mampu berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan peralatan penerima gelombang WiFi seperti komputer riba dan telefon pintar. Manakala, peranti yang boleh kita gunakan dalam mewujudkan WMN ini ialah modem dan juga router.

Setelah rangkaian WiFi dapat diwujudkan, kita juga mungkin memerlukan perisian yang membolehkan kita menghantar mesej kepada rakan-rakan, antaranya ialah Pidgin atau iChat.


Mungkin ada pelbagai cara lagi yang saya tidak terfikirkan. Dan, tidak lupa, kita juga boleh aplikasikannya dalam situasi di mana tempat tinggal kita tidak mendapat talian internet!

3 pengkritik:

abuHAZEM on 31/1/11 7:01 PG berkata...

selagi tak terkena, selagi tuh tak terfikir nak cari alternatif.. heh

Kumbang Jingga on 9/2/11 3:23 PG berkata...

erm..kumbang bekerja kt syarikat telekomunikasi.jaga bearer transmission..so sapa2 nk suh tutup internet satu malaysia leh g tau erk hehehehe

Hairi Ahmad on 9/2/11 10:37 PG berkata...

erk, jgn, en. kumbang...nnt saya x leh nk update blog...huhuh!

tp kan, study pasal rangkaian nih mmg pening...dan bukan calang2 org gak leh kerja ngan kompeni besar :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template