26 Oktober 2011

Keistimewaan iPhone 4 Siri



Sebenarnya, dari segi penampilan, iPhone 4S tidak jauh beza daripada iPhone 4. Namun, sebagai produk yang baru, pasti ada perubahan ke arah yang lebih baik. Berikut ini adalah lima keistimewaan yang akan kita dapat daripada produk terbaru Apple ini.

1. Bertambahnya Kecepatan Download
Dengan didukung oleh sambungan data HSDPA, iPhone 4S dipercayai mampu memuaturun 2 kali lebih cepat daripada sebelumnya. Untuk produk terbaru ini, muaturun maksima mencapai 14.4 Mbps.

2. Memiliki Dua Jaringan
iPhone 4S mampu beroperasi dalam dua jaringan sekaligus, iaitu GSM dan juga CDMA. Sebelumnya, Iphone 4 hanya beroperasi pada satu jaringan sahaja.

3. Kamera dan Video HD
iPhone 4S dilengkapi dengan kamera beresolusi 8 MP. Ketajaman gambar yang dihasilkan oleh kamera ini tidak perlu diragukan lagi. Ditambah lagi dengan kemampuannya merakam video HD 1080p. Amat sesuai bagi mereka yang suka berposing.

4. Mampu Menerima Perintah Suara
Kelebihan lain dari iPhone 4S ini adalah kemampuannya untuk menerima perintah suara (voice command). Contohnya untuk mengirim pesanan ataupun menghidupkan alarm.

5. Pemproses Dwi Teras
Pemproses A5 ini direkabentuk secara langsung oleh Apple. Melalui pemproses terbaru ini, iPhone 4S mampu membuka atau menjalankan perisian dua kali ganda lebih prestasi daripada sebelumnya. Baik dari segi kepantasan mahu pun kualiti grafik.

Bagaimana pun, ramai peminat Apple sanggup bersesak-sesak membeli iPhone 4s bukan kerana keistimewaannya, tetapi demi Steve Jobs.
Continue Reading

11 Oktober 2011

Perkara Paling Menarik Mengenai Diri Kita


Menariknya, ia bukanlah satu perkara baru. Saya juga percaya, ramai antara kita pernah membacanya di mana-mana artikel dari internet, majalah mahu pun buku-buku. Cuma, mungkin ada antaranya terlalu obses mengenai perkara lain menyebabkannya terlepas pandang mengenai diri sendiri.

Jadi, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang 10 perkara yang paling menarik mengenai diri kita...rata-ratanya juga adalah melalui pembacaan. Jom kita saksikan!
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template