Kalaulah sesiapa yang menggunakan iPhone hanya bergantung kepada aplikasi semata-mata dalam membuat tugasan, sememangnya kalian tidak akan menjumpai rahsia ini. Melainkan, jika secara tidak sengaja...erm, begitu ke?
Ya, rahsia ini hanya berjaya dicungkil melalui pengalaman mereka yang suka menyelongkar kecanggihan gajet ini. Sebelum itu, terlebih dahulu terima kasih jugalah kepada saudara seangkatan saya iaitu abuHazem kerana berjaya menyumbangkan beberapa rahsia ini...Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita lihat rahsia butang dan kekunci iPhone ini!
#1 Buat "Screenshoot" atau "Print Screen"
Untuk membuat "screenshoot", tekan butang "HOME" + "SLEEP" dengan serentak. Imej yang dirakam akan disimpan di dalam aplikasi foto.
#2 Tutup Aplikasi di "Background"
Amnya, multitask iPhone menyebabkan aplikasi yang dibuka tidak ditutup sepenuhnya. Ini menyebabkan ia sentiasa dibuka secara tersembunyi di balik tabir. Untuk menutup sepenuhnya, lakukan seperti berikut:
- Dwi-klik butang "HOME"
- Sentuh tanpa lepas ikon aplikasi yang baru dibuka sehingga ikon tersebut bergerak-gerak dan ada tanda ( - )
- Sentuh tanda ( - ) untuk menutup aplikasi tersebut sepenuhnya.
#3 Memainkan Lagu pada "Lock Screen"
Membuka iPod semasa berada tanpa membuka "Lock Screen" adalah satu kelebihan bagi mereka yang meminati muzik. Caranya ialah, aktifkan skrin (jika belum aktif) dengan menekan butang "HOME", diikuti dwi-klik butang yang sama.
#4 Hasilkan kekunci Caps Lock
Hanya double-tap kekunci "SHIFT".
#5 Karektor Tersembunyi
Tekan tanpa lepas sesetengah kekunci akan menerbitkan karektor yang tersembunyi, kemudian susuri popup untuk memilih karektor yang dikehendaki. Misalnya:
- Huruf : E, Y, U, I, O, A, S, L, Z, C, N
- Simbol : $, -, &, ", ?, % dan lain-lain lagi
- TLD : .com, .net, .edu and .org
#6 Hasilkan "Noktah" dan "Ruang Kosong"
Semasa menaip ayat, kita memerlukan noktah dan ruang kosong di hujungnya sebelum menyambung ayat yang baru. Untuk melakukannya, kita perlu menukar kekunci dari abjad kepada numerik, kan?
Jadi, tidak perlu lagi, hanya dwi-klik "Space Bar", kedua-duanya akan dihasilkan secara auomatik...
#7 Tutup Aplikasi Sepenuhnya
Biasanya, iPhone akan menutup aplikasi setelah kita menekan butang "HOME" tetapi ia masih menyimpannya di dalam memori bagi membolehkan aplikasi tersebut dibuka dengan cepat oleh pengguna di masa akan datang.
Namun begitu, kita masih boleh menutup aplikasi yang masih dibuka sepenuhnya dengan menekan butang "HOME" selama 6 saat.
#8 Reboot iPhone
Ada kalanya kita memerlukan kekerasan untuk "reboot" bagi mengatasi masalah sistem "hang" atau "freeze". Caranya ialah dengan menekan butang "HOME" + "SLEEP" selama 10 saat...
Semasa proses tersebut, kita akan dapati, skrin akan menjadi gelap seketika, diikuti dengan logo "Apple"...teruskan sehingga logo tersebut padam. Biarkan ia reboot dan kembali kepada "Lock Screen".
#9 "Silent dan Reject" Panggilan
Semasa ada panggilan masuk, tekan sekali butang "SLEEP" untuk senyapkannya. Dwi-klik untuk menolak panggilan tersebut.
#10 Tukar Kekunci Abjad dan Numerik Secara Pantas
Bagaimana agaknya nak menaip akronim yang mempunyai noktah contohnya, "P.O. BOX, Flat 1B"? Jenuh jugak nak menukar mode kekunci dari abjad --> numerik --> abjad kembali, kan?
Untuk memudahkan kita, berdasarkan contoh sebelumnya, selepas menekan abjad "P":
- Tekan tanpa lepas butang ".?123"
- Kemudian, susur kekunci numerik yang dikehendaki dengan pantas, dalam kes ini "." atau noktah.
Jika kita melakukannya dengan betul, mode kekunci secara automatik akan kembali kepada abjad. Jadi, secara tidak langsung kita akan menaip huruf "O" dan seterusnya...
Namun, jika ia tidak kembali, anda perlu lakukannya lagi sehingga mahir...hmm...tapi, tak susah pun.
PS: Juga sekadar rujukan sendiri di masa akan datang.
1 pengkritik:
kemah study
Catat Ulasan