Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

25 Disember 2014

Doakan Keselamatan Negeri-negeri Yang Dilanda Musibah Agar Pulih

Sumber : Google
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اجرنا في مصيبتنا واخلفنا خيرا منها

Continue Reading

20 Mac 2012

PC la ni....

Main game tahu, menaip tak tahu..!!

Itulah ayat skema saya kepada murid-murid yang mengikuti kelas komputer. Apabila tiba aktiviti yang memerlukan mereka untuk menaip, terkial-kial. Lebih-lebih lagi jika ada aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan tetikus. Sesak nafas tetikus berpusing-pusing sampai hampir sepertiga meja dijelajahi.

Bermain game dan belajar menggunakan aplikasi pejabat (Word, Excel, Powerpoint dan Publisher) adalah dua perkara berbeza dan memerlukan kemahiran juga berbeza. Selain wujudnya mereka yang lebih mahir bermain game berbanding melakukan kerja-kerja menaip, juga golongan yang sebaliknya. Hingga kewujudan komputer peribadi di masa ini sudah tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu, game merupakan sampingan. Sekarang wujud komputer peribadi khusus untuk game. Mungkin sampingannya aplikasi-aplikasi pejabat.
Continue Reading

11 Oktober 2011

Perkara Paling Menarik Mengenai Diri Kita


Menariknya, ia bukanlah satu perkara baru. Saya juga percaya, ramai antara kita pernah membacanya di mana-mana artikel dari internet, majalah mahu pun buku-buku. Cuma, mungkin ada antaranya terlalu obses mengenai perkara lain menyebabkannya terlepas pandang mengenai diri sendiri.

Jadi, pada entri kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan tentang 10 perkara yang paling menarik mengenai diri kita...rata-ratanya juga adalah melalui pembacaan. Jom kita saksikan!
Continue Reading

04 September 2011

Duit Duit

Walaupun duit bukan segalanya, tetapi krisis di dua negara Arab - Tunisia dan Mesir mutakhir ini ada kaitannya dengan duit.. isu bread & butter. Masalah ekonomi telah berjaya menjadi penyebab kebangkitan rakyat dalam menuntut negara untuk ditadbir oleh orang yang lebih baik. Jika sebelum ini isu keagamaan telah lama dimainkan untuk menyuntik kebangkitan rakyat, namun isu ekonomi dan kemiskinan jualah yang telah berjaya mengundang kebangkitan tersebut.
Continue Reading

14 Julai 2011

Gatal Jari : MAS vs ARS

Pada 13 Julai yang lalu telah di adakan perlawanan persahabatan di antara Pilihan Malaysia menentang Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Arsenal Asia Tour 2011. Seperti yang dijangka, keputusan memihak kepada Arsenal dengan 4 berbalas 0.

Melihat kepada koleksi gambar-gambar penonton di stadium mahupun menerusi siaran streaming di internet, sebahagian besar penonton memakai jersi pasukan Arsenal. Terdapat juga penonton yang memakai jersi Harimau Malaya namun bilangannya agak sedikit (atau mungkin tidak difokus oleh kamera?).

Lantas apakah tanggapan kita kepada rakyat Malaysia ini tadi yang sokongannya dalam perlawanan itu lebih cenderung kepada Arsenal? Apakah wajar mereka di gelar pengkhianat negara? Penderhaka kepada YDPA? Tiada semangat patriotik? Pemuja Si Kafir?
Continue Reading

04 April 2011

Manusia Tiada Kemanusiaan

"MURID AGAMA DIBELASAH GURU MENINGGAL", begitulah bunyinya tajuk berita di sebuah akhbar. Mula membaca tajuk, penulis menyangkakan murid sekolah menengah yang mati itu, rupa-rupanya sangkaan meleset apabila pembacaan berita diteruskan. Seorang murid tahun 1 yang baru berusia 7 tahun rupanya yang dibelasah itu. Anak yang baru mahu meningkat mumayyiz dan mengenal dunia, tiba-tiba menerima layanan yang sebegitu dahsyat. Lebih malang lagi apabila nasibnya itu diterima di sebuah institusi yang amat diharapkan dapat membantu membentuknya menjadi muslim sejati - SEKOLAH AGAMA!


Andai benar sekalipun murid tersebut bersalah terhadap dakwaan mencuri wang rakan bernilai RM7, adakah mati sebagai balasannya? Sudah tentu tidak, sama ada menurut undang-undang Islam atau sivil, bunuh bukan hukumannya. Lebih-lebih lagi si pelaku adalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran sama ada secara langsung atau pun tidak.
Continue Reading

28 Mac 2011

Munculkah Khalifah?

Dunia menyaksikan kejatuhan 2 orang pemimpin negara Islam mutakhir ini. Bermula dengan revolusi di Tunisia yang menjadi punca kejatuhan Zine El Abidine Ben Ali, menular ke Mesir hingga menumbangkan Muhammad Hosni Sayyid Mubarak dan terus merebak api revolusi tersebut ke beberapa negara Islam-Arab yang lain seperti Libya, Yemen dan Oman. Ada yang menamakannya sebagai teori domino.
Kedua-dua pemimpin tersebut telah memerintah negara masing-masing dalam satu tempoh yang cukup lama. Zine El Abidine Ben Ali telah mentadbir Tunisia bermula 7 November 1987, manakala Hosni Mubarak pula telah mula memerintah Mesir seawal 14 Oktober 1981. Dengan jawatan tertinggi dalam negara serta kuasa yang mutlak, mereka masih belum upaya membebaskan rakyatnya dari belenggu kemiskinan.
Continue Reading

13 Februari 2011

Harapan Baru di Bumi Kinanah

Sukar digambarkan perasaan bila mendapat tahu Pesiden Mesir Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatan seterusnya memberikan kemenangan buat seluruh rakyat Mesir yang berada di dalam dan luar negara. Tuntutan perletakan jawatan Presiden yang dianggap sekutu Amerika dan Israel itu telah bermula 18 hari yang lalu sebelum pengumuman perletakan jawatan tersebut diumumkan oleh Omar Suleiman.
Terasa seperti kemenangan tersebut berlaku di negara sendiri dan lebih mengujakan berbanding kemenangan parti sokongan di Dun sendiri.. seriously. Manakan tidak, bumi Mesir pernah menjadi permukiman saya dalam menuntut ilmu di bumi kinanah tersebut. Walaupun tidak join acara-acara bercorak politik di negara tersebut, tetapi dapat dirasakan tekanan-tekanan yang diterima oleh parti pembangkang terutama gerakan yang didokong oleh Ikhwanul Muslimin.
Continue Reading

09 Februari 2011

6 Perkara "Paling Gagal di Dunia"


Seorang pengarang buku pengurusan masa paling terkenal, Alan Lakein pernah berkata:
" Failing to plan is planning to fail "
Betul juga, kan? Namun, ada juga kegagalan yang tidak dirancang atau kita sudah merancang dengan begitu teliti tetapi masih juga gagal. Perlulah diakui bahawa masih banyak lagi perancangan yang perlu kita perbaiki di samping pasrah pada ketentuan takdir.

Fakta Tentang "Paling Gagal di Dunia"

Menarik juga bila memfokuskan tentang kegagalan yang melanda seluruh dunia ni. Tapi, kalau saya letak banyak sangat fakta tentangnya agak membosankan pula. Jadi, eloklah enam sahaja...antaranya:
Continue Reading

07 Februari 2011

Telok Intan Selepas 13 Tahun


Penat juga memandu semalam (Ahad) walaupun hanya empat jam sahaja dari rumah ke Telok Intan. Kalaulah saya tidak mengamalkan pemanduan berhemah (sedar sebab ada Operasi Ops Sikap), boleh jadi kurang dari tiga jam agaknya. Agaknya, lah...

Oh, ya. Saya ke sana sebab menghantar adik ipar - Ain, yang telah diarahkan melapor diri sebagai guru (penempatan kali pertama GSST) di PPD Telok Intan pada 7hb Februari. Kiranya adventures jugakla dia, dari Terengganu ke Perak...phew!
Continue Reading

03 Februari 2011

Surat Khabar – Kadang-kadang Jadi Bahan Prono?

Kerapkali bila membaca (membelek) akhbar harian untuk mencari berita yang menarik, mata pasti akan tersorot ke arah berita yang agak pelik. Namun kerapkali berita-berita pelik tersebut adalah sedikit berbau seks(agak lucah). Bahkan berita-berita yang mengandungi unsur sebegini kerap menjadi tajuk utama di muka hadapan. Lebih-lebih lagi akhbar H***** M****. Tajuk-tajuk kecil usah ceritalah.

Terkadang berita-berita penderaan seksual, jenayah rogol diceritakan dengan agak terperinci. Di tambah pula ruangan Tips Kesihatan, Masalah Remaja yang kandungannya kerapkali mampu memberikan kesan yang negatif terhadap pembaca, lebih-lebih lagi remaja yang sememangnya diketahui sebagai gemar mencuba sesuatu yang baru. Bahkan kadang-kadang ruangan Soal-Jawab Agama pun ada terselit pertanyaan-pertanyaan yang sedikit berunsur lucah. Bagi anak-anak yang baru mula belajar membaca, sudah pasti bacaannya itu tadi akan disusuli dengan pertanyaan-pertanyaan yang boleh menyebabkan ibubapa mati kutu untuk menjawabnya.
Continue Reading

02 Februari 2011

Isu: RON95 dan RON97


1hb Februari 2011 harga petrol RON97 naik lagi. Kenaikan kali keempat hanya dalam tempoh empat bulan! Geram sungguh rasanya. Terlebih geramnya bila ada juga suara sumbang suruh gunakan RON95 sahaja. Katanya, jimat dan murah. Jimat dan murah? Biar betul....!

Kalau setakat mesin rumput atau motosikal bawah 120cc mungkin agak praktikal juga sebab tak babitkan kos yang tinggi sekiranya rosak. Bagi yang berkereta dan selalu 'travel' jauh, atau berulang-alik ke tempat kerja, mungkin perlu berfikir 2 - 3 kali sebelum menyumbat pam minyak.
Continue Reading

30 Januari 2011

Tabiat Membaca Naik 1.3%


Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata dalam tempoh itu 776,347 buku telah dipinjam oleh para pembaca iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 2009.

Beliau memberikan butiran ini semasa melancarkan kempen galakan membaca 1Malaysia, kali pertama tahun ini, di sebuah rumah panjang Iban, Rh.Ijam di Nanga Sebuntang di kawasan Parlimen Julau di sini, malam tadi.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template