1hb Februari 2011 harga petrol RON97 naik lagi. Kenaikan kali keempat hanya dalam tempoh empat bulan! Geram sungguh rasanya. Terlebih geramnya bila ada juga suara sumbang suruh gunakan RON95 sahaja. Katanya, jimat dan murah. Jimat dan murah? Biar betul....!
Kalau setakat mesin rumput atau motosikal bawah 120cc mungkin agak praktikal juga sebab tak babitkan kos yang tinggi sekiranya rosak. Bagi yang berkereta dan selalu 'travel' jauh, atau berulang-alik ke tempat kerja, mungkin perlu berfikir 2 - 3 kali sebelum menyumbat pam minyak.
Perbezaannya?
Tak maulah saya mengulas dari sudut teknikal sebab ia tidak membantu orang-orang kampung seperti saya memahaminya. Jadi, dalam bahasa mudahnya, petrol ini hanya berbeza dari segi kualiti yang mana RON97 lebih berkualiti berbanding RON95.
Kenapa pula begitu? Bukankah RON95 untuk kereta biasa seperti kereta Proton, manakala RON97 pula untuk kereta berkuasa tinggi?
Itulah yang sering dimainkan dan ia tidak tepat sama sekali. Malangnya, ramai menganggapnya begitu. Kena fahami betul-betul. Kedua-dua RON tersebut bukanlah dua jenis minyak yang berbeza seperti diesel dan petrol. Misalnya, tersilap mengisi diesel pada kereta Proton Wira, maka bersiap sedialah untuk dihantar ke bengkel! Sebaliknya, jika tersilap mengisi RON97 pada Proton Wira, kita hanya perlu sediakan wang lebih, tetapi cuba rasakan perbezaan prestasinya. Itulah namanya kualiti. Ini bermakna, disebabkan RON97 berkualiti tinggi, maka ia sesuai digunakan oleh semua kenderaan yang menggunakan petrol. Sebaliknya, hanya kenderaan tertentu sahaja yang mampu digerakkan oleh RON95.
Jika begitu, mengapa saya perlu bayar lebih sekiranya kereta saya boleh digerakkan dengan RON95?
Ia bukan soal kereta anda mampu bergerak. Ia juga bukan soal prestasi dan kelajuan kerana dengan menggunakan RON95 juga anda mampu memecut pada kelajuan yang tinggi! Namun, persoalannya ialah kualiti yang mana RON97 menghasilkan lebihan tenaga berbanding RON95. Ini bermaksud, RON97 menyebabkan enjin kereta anda tidak perlu 'bekerja keras' dalam menghasilkan tujahan bagi membolehkan kereta bergerak.
Dengan kata lain, walaupun kita membayar lebih untuk setiap liter minyak, tetapi kita bakal berjimat untuk setiap kilometer perjalanan. Jadi, lebihan tujahan tenaga yang dihasilkan jugalah menyebabkan pemilik kereta lama amat memerlukan RON97 bagi mengelakkan enjin kereta mereka 'semput'.
Untuk pengetahuan kita juga, pembakaran RON97 dalam enjin lebih sempurna berbanding RON95. Secara tidak langsung, enjin kereta kita juga lebih bersih. Seterusnya, ia dapat menjamin dalam memanjangkan jangka hayat enjin kereta.
Tepuk bonet, tanya enjin kereta
Rasanya, semua orang mahukan yang terbaik untuk kereta masing-masing, kan? Jadi, kita perlulah hormati hak pengguna lain yang mahukan produk berkualiti. Namun, jika kita tidak mampu, tak mengapalah. Tak perlu memaksa diri.
6 pengkritik:
bahaya terlebih pick-up...
kelembapanmu keuntunganku.. (dalam hati)
dlm hati pengguna 97 plak...cisss!
minyak makin naik, gaji tak naik2...
btul kerro...
dan paling penting, rakyat perlukan produk berkualiti utk meningkatkan taraf kualiti penduduk... =)
kita buat style Negara China..semua pakat pegi keja naik beskal..x pening nak isi minyak,badan jadi sihat ekesesais selalu..cuma sediakan baju hujan jelah takut hujan kih3
hahah...ok kot klu wat pegi keje.
erm, jangan buang tabiat nk balik kg yg jaraknya 200KM naik basikal plak... :)
Catat Ulasan