Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

12 Februari 2012

20 Laman Web Bermanfaat

Kadang-kala agak susah mencari laman web yang dapat memenuhi kehendak atau sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah kita melalui enjin carian seperti Google. Alangkah lebih baik jika kita tahu alamat penuh sesuatu laman web seperti di bawah ini.
  1. http://www.iconlet.com/ - Enjin carian ikon grafik dan logo
  2. http://www.postimage.org/ - Meletak foto atau grafik secara percuma
  3. http://www.ddmf.biz/ - Koleksi drama dan filem tempatan
  4. http://www.oldapps.com/ - Koleksi aplikasi lama untuk Windows
  5. http://prpm.dbp.gov.my/ - Rujukan kamus dan persuratan bahasa Melayu
  6. http://www.freesound.org/ - Koleksi bunyi dan efek khas
  7. https://encrypted.google.com/ - Menyembunyikan carian daripada dikesan
  8. http://teuxdeux.com/ - Aplikasi to-do yang menarik
  9. http://www.typingweb.com/tutor/ - Aplikasi mahir menaip
  10. http://my.lovelycharts.com/ - Hasilkan sebarang bentuk carta, rajah
  11. http://www.noteflight.com/ - Cetak nota muzik
  12. http://www.bubbl.us/ - Hasilkan peta minda, sumbang saran
  13. http://dabbleboard.com/draw - Papan tulis maya
  14. http://www.pdfescape.com/ - Mengubahsuai kandungan PDF
  15. http://deadurl.com/ - Menjejak alamat web yang telah dialih atau terpadam
  16. http://www.screenr.com/ - Merekod aktiviti di skrin
  17. http://www.valebrity.com/ - Mengesan kesahihan akaun twitter artis
  18. http://www.syfy.com/ - Segalanya sains fiksyen
  19. https://www.dropbox.com/ - Perkongsian fail
  20. http://copypastecharacter.com/ - Salin dan tampal karektor
Continue Reading

26 Oktober 2011

Keistimewaan iPhone 4 Siri



Sebenarnya, dari segi penampilan, iPhone 4S tidak jauh beza daripada iPhone 4. Namun, sebagai produk yang baru, pasti ada perubahan ke arah yang lebih baik. Berikut ini adalah lima keistimewaan yang akan kita dapat daripada produk terbaru Apple ini.

1. Bertambahnya Kecepatan Download
Dengan didukung oleh sambungan data HSDPA, iPhone 4S dipercayai mampu memuaturun 2 kali lebih cepat daripada sebelumnya. Untuk produk terbaru ini, muaturun maksima mencapai 14.4 Mbps.

2. Memiliki Dua Jaringan
iPhone 4S mampu beroperasi dalam dua jaringan sekaligus, iaitu GSM dan juga CDMA. Sebelumnya, Iphone 4 hanya beroperasi pada satu jaringan sahaja.

3. Kamera dan Video HD
iPhone 4S dilengkapi dengan kamera beresolusi 8 MP. Ketajaman gambar yang dihasilkan oleh kamera ini tidak perlu diragukan lagi. Ditambah lagi dengan kemampuannya merakam video HD 1080p. Amat sesuai bagi mereka yang suka berposing.

4. Mampu Menerima Perintah Suara
Kelebihan lain dari iPhone 4S ini adalah kemampuannya untuk menerima perintah suara (voice command). Contohnya untuk mengirim pesanan ataupun menghidupkan alarm.

5. Pemproses Dwi Teras
Pemproses A5 ini direkabentuk secara langsung oleh Apple. Melalui pemproses terbaru ini, iPhone 4S mampu membuka atau menjalankan perisian dua kali ganda lebih prestasi daripada sebelumnya. Baik dari segi kepantasan mahu pun kualiti grafik.

Bagaimana pun, ramai peminat Apple sanggup bersesak-sesak membeli iPhone 4s bukan kerana keistimewaannya, tetapi demi Steve Jobs.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template