Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan

24 Julai 2011

Tanpa Sandbox: Keranda Datang Barulah Bercucuran Air Mata!

Istilah Sandbox dalam komputer bermaksud suatu langkah atau mekanisma keselamatan dengan mengasingkan mana-mana program yang mencurigakan semasa proses larian. Ia seringkali digunakan bagi tujuan menguji kod aturcara dan program, pengguna mahu pun pembekal yang mencurigakan.

Langkah pengasingan ini perlu bagi mencegah program yang berisiko menyebarkan virus dan malware ke dalam fail atau program yang lain terutamanya jika ia membabitkan sistem pengoperasian komputer pengguna.

Sebagai gambaran mudah, saya meletakkan gambar Mr. Potato yang dikurung dalam kotak berpasir dari siri Animasi 3D Toy Story 3. Umumnya, gambaran tersebut menerangkan tentang konsep dan kaitan antara "pengasingan" dan "keselamatan". Jika ikutkan logik mudah, pasir pula merupakan agen penyerap yang baik...
Continue Reading

20 Februari 2011

Ancaman Tersembunyi: Mitos Keselamatan yang Diabaikan



Dunia hari ini tidak memungkinkan kita mengelakkan diri dari menggunakan internet....tidak mungkin! Apatah lagi, dengan kadar penembusan jalur lebar ke seluruh isi rumah telah pun mencapai 55%, maka lebih ramai pengguna memanfaatkan masa mereka di talian internet.

Namun, seperkara yang agak pelik dan membimbangkan ialah sikap tidak ambil kisah pengguna terhadap isu-isu keselamatan yang dilakukan oleh penjenayah siber. Sedangkan Cyber Security Malaysia telah melaporkan bahawa:
  • Nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1:30.
  • Jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia yang meliputi peras ugut, ancaman virus, angkara penggodam, phising, jangkitan anti-spyware dan malware.
  • Setiap tiga saat pengguna laman siber akan hilang kata laluan, maklumat kad kredit, maklumat bank dan pelbagai maklumat lain.
  • 1,200 kes penipuan perbankan internet dikesan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu yang merangkumi 0.003 peratus daripada jumlah nilai transaksi membabitkan RM348.5 bilion, membabitkan kerugian RM1 juta.

Continue Reading

16 Februari 2011

Kenali Virus-virus Jahat Dalam Komputer


Tiada kekebalan pun dalam mana-mana teknologi yang dihasilkan. Pesawat Stealth F-117 Nighthawk milik Amerika yang tercanggih dan kalis radar pun mampu ditembak jatuh oleh roket tentera Yugoslavia semasa Perang Balkan. Jadi, apalah sangat dengan komputer di rumah. Tambahan lagi jika bersambungan dengan talian internet. Tapi, jangan pula kata takde internet, takde virus...ok?

Dalam hal ni, tak kiralah apa sahaja yang dikelaskan; worm, trojan, spyware, atau pun malware...namun, kita dapat kenalinya hanya dengan nama VIRUS, kan? Lain-lain term tu memeningkan kepala je...biarlah orang-orang IT je yang fikirkan...heheh. Lebih pentingnya, kita nak berkenalan sikit dengan virus-virus yang paling suka 'menyakat' komputer kat Malaysia ni.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template