22 April 2012

Tutorial: Mencari Tema Tersembunyi Dalam Windows 7

Tiada cacat celanya wallpaper sedia ada dalam Windows 7 (W7). Bagi saya, semuanya nampak menarik dan cantik. Pun begitu, W7 menyediakan wallpaper mengikut region (kawasan) pemasangan W7 dan disembunyikan bagi pengguna yang lain. Kita boleh juga menggunakannya jika berminat atau untuk menambah koleksi sedia ada. Di bawah ini cara-caranya.
Continue Reading

17 April 2012

Kisah Semut Dan Merpati


Awal bulan Mei nanti, PPD Kuala Langat akan adakan pertandingan bercerita. Nampaknya, bercerita tahun ini ada sedikit perubahan format pertandingan. Katanya, ada dua bahagian. Sebelum ini, murid-murid hanya ditugaskan untuk bercerita berdasarkan cerita yang telah dipilih. Namun, pada kali ini, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menambah satu bahagian lagi iaitu bercerita secara spontan. Bagaimanakah, apakah, adakah...kita cerita kemudian. Apa yang penting, kita layan dulu cerita di bawah ini.
Continue Reading

20 Mac 2012

PC la ni....

Main game tahu, menaip tak tahu..!!

Itulah ayat skema saya kepada murid-murid yang mengikuti kelas komputer. Apabila tiba aktiviti yang memerlukan mereka untuk menaip, terkial-kial. Lebih-lebih lagi jika ada aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan tetikus. Sesak nafas tetikus berpusing-pusing sampai hampir sepertiga meja dijelajahi.

Bermain game dan belajar menggunakan aplikasi pejabat (Word, Excel, Powerpoint dan Publisher) adalah dua perkara berbeza dan memerlukan kemahiran juga berbeza. Selain wujudnya mereka yang lebih mahir bermain game berbanding melakukan kerja-kerja menaip, juga golongan yang sebaliknya. Hingga kewujudan komputer peribadi di masa ini sudah tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu, game merupakan sampingan. Sekarang wujud komputer peribadi khusus untuk game. Mungkin sampingannya aplikasi-aplikasi pejabat.
Continue Reading

12 Februari 2012

20 Laman Web Bermanfaat

Kadang-kala agak susah mencari laman web yang dapat memenuhi kehendak atau sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah kita melalui enjin carian seperti Google. Alangkah lebih baik jika kita tahu alamat penuh sesuatu laman web seperti di bawah ini.
  1. http://www.iconlet.com/ - Enjin carian ikon grafik dan logo
  2. http://www.postimage.org/ - Meletak foto atau grafik secara percuma
  3. http://www.ddmf.biz/ - Koleksi drama dan filem tempatan
  4. http://www.oldapps.com/ - Koleksi aplikasi lama untuk Windows
  5. http://prpm.dbp.gov.my/ - Rujukan kamus dan persuratan bahasa Melayu
  6. http://www.freesound.org/ - Koleksi bunyi dan efek khas
  7. https://encrypted.google.com/ - Menyembunyikan carian daripada dikesan
  8. http://teuxdeux.com/ - Aplikasi to-do yang menarik
  9. http://www.typingweb.com/tutor/ - Aplikasi mahir menaip
  10. http://my.lovelycharts.com/ - Hasilkan sebarang bentuk carta, rajah
  11. http://www.noteflight.com/ - Cetak nota muzik
  12. http://www.bubbl.us/ - Hasilkan peta minda, sumbang saran
  13. http://dabbleboard.com/draw - Papan tulis maya
  14. http://www.pdfescape.com/ - Mengubahsuai kandungan PDF
  15. http://deadurl.com/ - Menjejak alamat web yang telah dialih atau terpadam
  16. http://www.screenr.com/ - Merekod aktiviti di skrin
  17. http://www.valebrity.com/ - Mengesan kesahihan akaun twitter artis
  18. http://www.syfy.com/ - Segalanya sains fiksyen
  19. https://www.dropbox.com/ - Perkongsian fail
  20. http://copypastecharacter.com/ - Salin dan tampal karektor
Continue Reading

17 Januari 2012

15 Tema Gelap Blogger Menarik


Template gelap sering menjadi pilihan para blogger untuk disesuaikan dengan tema blog mereka yang kebiasaanya bertemakan hiburan, permainan atau kisah-kisah bergambar yang ringan dan santai. Melalui template sebegini, para blogger tidak perlu memasukkan banyak elemen sebaliknya hanya kreativiti dalam menghasilkan suasana atau 'mood'. Misalnya, dengan gabungan gambar atau foto dan typografi yang bersesuaian mampu dizahirkan dengan berkesan pada latar yang gelap.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template