Cuti tidak semestinya berehat. Cuti hanya sekadar mengelakkan tanggungjawab rasmi terhadap jawatan yang disandang. Pengisian yang pelbagai sudah tentu memenatkan. Lebih-lebih lagi jika melibatkan perjalanan jauh yang terkadang kepenatannya berpunca daripada kesesakan lalulintas. Maklumlah, masing-masing bercuti panjang dan cuba menambil peluang ini untuk bercuti bersama-sama keluarga.
Penat mesti di atasi, tambahan pula jika sedang memandu. Maka wujudlah hentian-hentian Rehat & Rawat yang disediakan oleh pihak lebuhraya untuk kemudahan para pengguna. Memandu kenderaan dalam keadaan letih dan mengantuk akan mengundang bahaya. Bukan hanya kepada si pemandu, bahkan juga kepada orang lain.
Penat? It’s ok. Walaupun pernah terdengar pandangan yang mengatakan bahawa penat adalah permainan minda, tetapi ianya perlu di atasi. Cuba kita bayangkan andai tubuh kita tiada rasa penat, asyik bekerja tanpa tanpa henti.. tau-tau kang luruh je anggota tubuh tu overdose kerja. Mesin pun memerlukan rehat dan maintenance untuk sentiasa dalam keadaan baik.
Berbagai kaedah dan cara yang diamalkan seseorang untuk menghilangkan rasa penat.. majoriti rasanya dengan tidur. Ada yang menghilangkan penat dengan menghadap komputer barangkali, ada juga dengan menonton dan sebagainya. Waktu rehat juga perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat. Bukan bererti bila berehat kita pun akan melakukan perkara sia-sia. Berehatlah dalam keadaan masih dianggap beribadah dan berada di atas landasan ketaatan kepada Allah dan RasulNya.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
(قم يا بلال فأرحنا بالصلاة)
Bangun wahai Bilal dan rehatkanlah kami dengan Solat
Sahabat Nabi SAW yang bernama Bilal RA merupakan seorang tukang azan (muazzin). Di suatu ketika Nabi SAW meminta Bilal RA untuk melaungkan azan bila masuk waktu solat dengan suruhan : Rehatkan kami dengan solat. Selepas bekerja dengan bersungguh-sungguh hingga kepenatan maka tibalah pula masa untuk berehat. Maka diajarkan untuk mencarinya di dalam solat yang terkandung di dalamnya kerehatan dan ketenangan. Bila memasuki alam solat, kita lupakan kepentingan duniawi, kesibukan yang memenatkan. Mengosongkan hati untuk bermunajat kepada Allah. Terdapat di dalamnya kerehatan kerana hatinya telah diisi dengan kecintaan kepada Allah SWT.
Beginilah caranya Islam mengajar kita hinggakan kerehatan juga perlu dicari dalam perkara yang bermanfaat dan layak untuk dinilai sebagai ibadah. Hanya kita yang perlu memperbaikinya hingga mencapai tahap yang diajarkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. والله أعلم
0 pengkritik:
Catat Ulasan