20 Mac 2012

PC la ni....

Main game tahu, menaip tak tahu..!!

Itulah ayat skema saya kepada murid-murid yang mengikuti kelas komputer. Apabila tiba aktiviti yang memerlukan mereka untuk menaip, terkial-kial. Lebih-lebih lagi jika ada aktiviti yang memerlukan mereka menggunakan tetikus. Sesak nafas tetikus berpusing-pusing sampai hampir sepertiga meja dijelajahi.

Bermain game dan belajar menggunakan aplikasi pejabat (Word, Excel, Powerpoint dan Publisher) adalah dua perkara berbeza dan memerlukan kemahiran juga berbeza. Selain wujudnya mereka yang lebih mahir bermain game berbanding melakukan kerja-kerja menaip, juga golongan yang sebaliknya. Hingga kewujudan komputer peribadi di masa ini sudah tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu, game merupakan sampingan. Sekarang wujud komputer peribadi khusus untuk game. Mungkin sampingannya aplikasi-aplikasi pejabat.

Ada beberapa sebab murid terlalu perlahan dalam mencapai kemahiran penggunaan aplikasi pejabat, antaranya :
1. Terlalu lemah dalam membaca dan menulis
Jika membaca dan menulis pun masih merangkak-rangkak, bagaimana mahu menaip ayat walau sebaris dengan cekap?
2. Memang lemah dalam menulis (menaip)
Mengeja masih seketul-seketul, mahu pula diterjemah menerusi papan kekunci.. Huh!
3. Belum mahir menaip
Mungkin belum biasa dengan papan kekunci. Kedudukan huruf papan kekunci qwerty juga memungkinkan mereka sukar mencari huruf. Sudah terbiasa dengan susunan ABC.
4. Belum pandai mengarang
Jika di dalam subjek Bahasa Malaysia sendiri, mungkin murid ini masih belum beridea dalam mengarang ayat.

Tapi yang hanginnya.. bila aktiviti bebas.. masing-masing menunjukkan kemahiran yang cekap dalam bermain game!!! Adeh!! Tu belum termasuk facebook dan online games lagi. والله أعلم

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template