29 Januari 2011

Joomla 1.6: Dari Perspektif Berbeza


Seawal Januari 2011, Joomla 1.6 stabil telah dilepaskan. Bagi pengguna tegar Joomla, mereka telah pun mencuba versi 1.6 ini dalam produksi alpha dan beta sejak dari pertengahan tahun lepas lagi secara offline. Dari segi kualiti dan keselamatan, ternyata bagi saya, amat ketara juga perbezaan antara Joomla 1.5 dengan Joomla 1.6.

Bagaimana pun, saya tidak mahu menyentuh tentang kelebihannya. Pengguna Joomla tahu keistimewaannya. Sebaliknya, saya cuba melihat kelebihan yang ditawarkan, tetapi tidak dioptimumkan atau seperti tiada kelebihannya serta perkara wajar yang masih lagi tiada.


Pembaharuan Joomla 1.6
  1. Kemaskini automatik - Secara umumnya, belum lagi dianggap secara automatik jika hendak dibandingkan dengan lain-lain platform yang menyediakan 'automatic update', Wordpress misalnya.
  2. Kategori 'Sarang' - Sekali lagi, ia hanya sekadar kategori 'sarang'. Kategori tidak boleh mempunyai lebih daripada satu 'parent', begitu juga dengan artikel.
  3. ACL - Sememangnya, akses kawalan keselamatan bagi Joomla 1.6 lebih fleksibel, bagaimana pun ia terlalu kompleks. Bagi pengendali web (bukan pembangun), ia agak sukar dan memerlukan masa untuk memahaminya.

Masih Tiada Pembaharuan
  1. Sistem komen - Joomla masih belum menyediakan sistem komen secara built-in. Memang benar, banyak modules komen 3rd party disediakan. Namun, penggunaan sistem dari luar lebih mengundang kepada risiko keselamatan.
  2. Kepelbagaian bahasa - Tidak diterjemah dalam konteks sepenuhnya. Ia mungkin kerana kebergantungan sistem dan fail tidak hanya pada teras Joomla, sebaliknya sistem lain yang di bawa masuk.
  3. Tiada ping, tiada trackback dan tiada perkongsian.

Perspektif sebegini biasanya agak subjektif. Masing-masing boleh membuat telahan dan penilaian sendiri. Bagaimana pun, bagi saya, Joomla masih lagi antara CMS yang terbaik, apatah lagi ia disediakan secara percuma.

Salute untuk pembangun Joomla!

2 pengkritik:

abuHAZEM on 29/1/11 11:48 PG berkata...

en noorli suruh upgrade portal ppd ke 1.6

Hairi Ahmad on 30/1/11 1:52 PG berkata...

hahah...suh ppd guna biar lunyai dulu 1.5 ^^,

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template