27 Januari 2011

Komen: Laman Kementerian


Acap kali juga saya berkunjung ke laman sesawang milik kementerian, terutamanya bila nak dapatkan sesuatu maklumat. Setelah diamati, boleh dikatakan seluruh kementerian memiliki laman sesawang sendiri. Laman juga sentiasa dikemaskini dan hampir keseluruhan mencapai objektif pembangunannya. Agak mengujakan...!

Terlanjur bercerita tentang laman sesawang ni, mungkin elok juga saya senaraikan antara laman kementerian terbaik dan laman yang perlu diberi wajah baru. Cuma, nak ingatkan jugalah...ini hanya pandangan peribadi saya sahaja.


Laman Terbaik
Susunannya taklah penting sebab ini bukan carta, kan? Namun, saya kategorikan terbaik di antara laman kementerian yang lain hanya dari segi penampilan, tema, validity, mudah guna serta berinformasi. Antaranya ialah:
Pada pandangan saya, laman kerajaan perlu sentiasa dikemaskini bukan saja dari segi isi kandungan, malahan juga dari segi versi template, bahasa aturcara serta grafik. Jika kita abaikan sesetengah perkara, ia bukan sahaja gagal mencapai sasaran, bahkan, silap haribulan ia mampu menarik perhatian penggodam. Antara laman tersebut ialah:
  1. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  2. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  4. Kementerian Belia dan Sukan
  5. Kementerian Kerja Raya
Pandangan ni setakat yang saya lihat sehingga tarikh 26hb Januari 2011. Tak taulah kalau-kalau ia telah diubahsuai. Apa-apa pun, harap tiada pihak pertikaikan pandangan saya ni. Hanya sekadar pandangan peribadi...

2 pengkritik:

abuHAZEM on 28/1/11 10:13 PTG berkata...

tu pasal mudah kena hack...
bukan sebab hacker terer..
tapi security web tu mmg rendah kot..

Hairi Ahmad on 28/1/11 10:17 PTG berkata...

tak dapat disangkal lagi...
laman web ADAP, milik Utusan dah berapa kali kena hack...sbb kes yg sama, guna sistem lama.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template