24 Julai 2011

Tanpa Sandbox: Keranda Datang Barulah Bercucuran Air Mata!

Istilah Sandbox dalam komputer bermaksud suatu langkah atau mekanisma keselamatan dengan mengasingkan mana-mana program yang mencurigakan semasa proses larian. Ia seringkali digunakan bagi tujuan menguji kod aturcara dan program, pengguna mahu pun pembekal yang mencurigakan.

Langkah pengasingan ini perlu bagi mencegah program yang berisiko menyebarkan virus dan malware ke dalam fail atau program yang lain terutamanya jika ia membabitkan sistem pengoperasian komputer pengguna.

Sebagai gambaran mudah, saya meletakkan gambar Mr. Potato yang dikurung dalam kotak berpasir dari siri Animasi 3D Toy Story 3. Umumnya, gambaran tersebut menerangkan tentang konsep dan kaitan antara "pengasingan" dan "keselamatan". Jika ikutkan logik mudah, pasir pula merupakan agen penyerap yang baik...


Sebenarnya terma ini tidak lagi asing. Istilah ini banyak digunapakai dalam perisian, program komputer dan juga internet terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan. Kaspersky Internet Security (KIS) antaranya menyediakan ciri-ciri sandbox sendiri untuk tujuan menjalankan aplikasi-aplikasinya yang lain pada persekitaran maya. Ini bukan promosi KIS, ya?

Enjin carian terkenal, Google juga menggunakan "sandbox". Ia adalah satu istilah untuk menerangkan keadaan URL website/blog anda hilang terus dalam rantaian SERP Google. Tak lama pun...mungkin seminggu, dua minggu, sebulan atau dua tiga bulan sahaja! Kesannya pun tidaklah ketara sangat, mungkin dari PR5 jatuh ke PR3. Maklumlah, laman anda perlu diasingkan terlebih dahulu bagi tujuan penyiasatan.

Untuk pengguna komputer biasa pula, terdapat beberapa perisian keselamatan sandbox yang boleh di pasang pada komputer kita. Antaranya ialah iCore Virtual Accounts, Returnil, Deep Freeze serta Sandboxie. Secara peribadinya, saya lebih menggemari atau mencadangkan Sandboxie sebab ia mudah dan ringan. Tambahan pula, bagi penggemar 'online games', anda mampu membuka lebih daripada satu klien permainan untuk setiap akaun permainan anda. SERONOKNYAAAA!!! Opsss...

NOTA: Selamat menggunakan sandbox anda!

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template