Dunia hari ini tidak memungkinkan kita mengelakkan diri dari menggunakan internet....tidak mungkin! Apatah lagi, dengan kadar penembusan jalur lebar ke seluruh isi rumah telah pun mencapai 55%, maka lebih ramai pengguna memanfaatkan masa mereka di talian internet.
Namun, seperkara yang agak pelik dan membimbangkan ialah sikap tidak ambil kisah pengguna terhadap isu-isu keselamatan yang dilakukan oleh penjenayah siber. Sedangkan Cyber Security Malaysia telah melaporkan bahawa:
- Nisbah kebarangkalian jenayah siber kini pada tahap 1:5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1:30.
- Jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia yang meliputi peras ugut, ancaman virus, angkara penggodam, phising, jangkitan anti-spyware dan malware.
- Setiap tiga saat pengguna laman siber akan hilang kata laluan, maklumat kad kredit, maklumat bank dan pelbagai maklumat lain.
- 1,200 kes penipuan perbankan internet dikesan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu yang merangkumi 0.003 peratus daripada jumlah nilai transaksi membabitkan RM348.5 bilion, membabitkan kerugian RM1 juta.
Jika kita berpendapat bahawa kita telah pun melakukan segala langkah keselamatan pada komputer, rasanya eloklah difikirkan sekali lagi. Dunia digital sebenarnya jauh lebih kompleks berbanding apa yang kita ketahui. Untuk itu, elakkan diri dari berfikir tentang perkara berikut:
# Saya menggunakan Anti Virus yang telah diupdate dengan versi terkini
Memasang AV sememangnya amatlah dituntut kerana ia dapat menghalang kebanyakan ancaman berbahaya. Tetapi, kena perhatikan juga jenis AV yang terpasang. Ada antaranya tidak dilengkapi dengan tugasan tambahan seperti menghalang spammer, cubaan phishing dan juga spyware. Malah, jika pun AV lengkap dengan segala bagai tugasan...ia masih tidak mencukupi kerana virus terbaru muncul setiap hari, sedangkan update terbaru bagi AV pula memerlukan masa untuk mengemaskini database virus masing-masing...yang kadang-kala memakan masa berminggu-minggu.
# Saya tidak menggunakan Windows
Tidak dinafikan Windows sering dimomokkan dengan pelbagai masalah keselamatan. Samada ia memang disengajakan atau tidak, realitinya Windows memang target atau kegemaran utama penjenayah siber memandangkan ia digunakan seantero dunia. Namun, ia tidak bermakna kita selamat dari serangan virus jika kita menggunakan Linux atau pun Mac OS. Seiring dengan peningkatan pengguna dan tarikan pelayar yang terpasang, kedua-dua sistem terbabit juga menjadi tarikan serangan...terutamanya melalui perisian 3rd-party yang cross-platform seperti Adobe Reader.
# Router saya mempunyai firewall
Bagi yang 'terer' networking, mereka boleh cuba menetapkan sendiri tetapan firewall pada router. Melalui kaedah ini, komputer dapat menghalang cubaan serangan dari samada luar secara rawak mahu pun yang telah disenaraihitamkan. Namun, penjenayah juga sememangnya licik. Mereka telah mengkaji bahawa kaedah terpantas untuk melalui firewall ialah dengan menggunakan port data bagi web dan juga emel. Berbekalkan data web palsu (phishing), mereka mampu menipu firewall yang digunakan.
# Saya hanya melawat web utama dan terkenal sahaja
Boleh percaya ke? Hahah...tak kisahla. Tapi kan, penjenayah siber yang terhandal sudah pastinya akan memilih laman yang terkenal. Laman web seperti eBay, Lelong, malahan CIA sekali pun tetap menjadi sasaran serangan dengan menggunakan cross-site scripting. Tujuannya adalah untuk mengutip data-data pengguna seperti kata laluan, butiran kad kredit atau pun memasang spyware pada komputer kita.
# Saya insan biasa, tiada apa yang penting pun!
Memang ayat yang begitu syahdu sekali...Namun, harus diingat...kebiasaannya, penyerang memilih untuk melancarkan serangan automatik menggunakan skrip tertentu tanpa memilih jenis sistem dan pemiliknya asalkan pertahanannya mampu ditembusi. Mungkin kita tidak perlu risaukan maklumat yang ntah apa-apa dan tidak penting dalam komputer. Namun, tahukah kita bahawa identiti kita boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk melakukan jenayahnya. Misalnya, mereka mampu menjadikan komputer kita sebagai host atau agen tidak bertauliah untuk menyebarkan malware serta spamnya. Nanti tak pasal-pasal kita pula yang dituduh sebagai penyebar virus...
Jadi, apa-apa pun bersedia dan bertawakallah...
P/S: Saya telah pasang dual boot OS iaitu Linux dan Windows pada komputer bagi mengatasi masalah virus. Tapi, ada juga masalahnya...nantilah kalau ada masa saya ceritakan :)
0 pengkritik:
Catat Ulasan