- Infinidok
- Infiniboard
- Five/Rows
- Five-Columns SB
- SpringJumps
- iBlank
- iFile
Langkah 1
- Infinidok - tetapkan 5 ikon bagi setiap page
- Aktifkan Five-Columns SB dan Five/Rows
- Pada Infiniboard, buka 'Vertical Scrolling' dan tutup 'Hide Behind Dock'
Langkah 2
'Off' atau tutup 'General/Page Titles' pada SpringJumps, serta 'disable' bagi page 5, 6, 7, dan 8. Namakan semula icon page yang telah diaktifkan pada SpringJumps seperti berikut:
Langkah 3
Letak dan susun ikon SpringJumps di atas dock iPhone, tidak lupa juga ikon Mail, Messages dan iPod.
Perkara yang kita nak ubah ialah lokasi "locale" iaitu bandar, negeri pada fail 'configureMe.js'. Fail ini boleh dibuka dan diedit secara terus dari iPhone menggunakan iFile. Gunakan Notepad jika dibuka pada PC dan Komodo Edit untuk Mac.
Letak dan susun ikon SpringJumps di atas dock iPhone, tidak lupa juga ikon Mail, Messages dan iPod.
Kemudian, buat tetapan bagi skrin utama seperti susunan di bawah ini. Gunakan iBlank untuk mewujudkan ruang kosong di atas skrin:
Hasil pada skrin utama dapat dipapar seperti berikut:
Selesai tetapan dan susunan ikon pada skrin utama. Hm...belum habis lagi!
Langkah 4
Pada laman Apps, atau kedua, penuhkannya dengan aplikasi bukan permainan. Begitu juga dengan laman Games (ketiga) dengan aplikasi permainan. Jadi, tak perlu pening kepala menyusun atur aplikasi...
Langkah 5
Bagi laman Internet, kita tampilkan sedikit kelainan. Susun ikon Internet anda seperti berikut:
Seperti biasa, bagi menghasilkan ruang kosong, gunakan iBlank. Aplikasi Google pula boleh dimuaturun dari iTunes secara percuma...
Di bawah pelayar Safari, selepas satu ruang kosong, bolehlah letakkan aplikasi pelayar atau laman kegemaran anda. Hasil susunan tersebut menghasilkan paparan berikut:
Langkah 6
Akhir sekali, kita membuat tetapan dan menyusun ikon bagi laman terakhir iaitu Setting seperti berikut:
Paparan sebenar laman Setting yang telah disiapkan:
Kita telah pun selesai membuat tetapan dan menyusun atur setiap laman bagi theme HTC ini. Berikutnya pula adalah berkaitan dengan ketetapan dan modifikasi secara teknikal bagi membolehkan theme ini kelihatan benar-benar hidup.
Tetapan Teknikal
1. Konfigurasi Cuaca
Perkara yang kita nak ubah ialah lokasi "locale" iaitu bandar, negeri pada fail 'configureMe.js'. Fail ini boleh dibuka dan diedit secara terus dari iPhone menggunakan iFile. Gunakan Notepad jika dibuka pada PC dan Komodo Edit untuk Mac.
Untuk menentukan lokasi cuaca kita:
- Buka web: http://weather.yahoo.com/
- Cari tempat tinggal dan buka "Extended Forecast".
- Perhatikan alamat web, lebih kurang: "http://weather....USNY0176...."
- Secara tak langsung, kita dapat kod cuaca: USNY0176
- Buka folder "/Library/themes/" pada iPhone. Cari folder widget cuaca yang digunakan, misalnya "True HTC HD2 AW 3G, atau AW3GS atau NAW".
- Buka fail "/Private/configureMe.js". Gantikan "Manati, PR" kepada kod lokasi yang anda dapat. Kemudian lakukan save.
Konfigurasi pilihan lain juga boleh dilakukan. Misalnya, menukar fahrenheit kepada celcius dengan menukar var isCelsius = false kepada true.
2. Konfigurasi RSS
Secara default, theme ini akan menyiarkan berita dari RSS modmyi.com. Bagaimana pun, kita boleh menukarnya dengan RSS berita dari laman lain. Hanya edit fail "Widget.html" dengan memasukkan URL anda sendiri.
3. Tetapan Theme
Pastikan SummerBoard Mode adalah ON dan mengandungi theme HTC seperti yang ditunjukkan. Jika anda menggunakan iPhone 3G, pilihan theme seperti di bawah:
Bagi pengguna 3G yang tidak berminat dengan animasi cuaca, bolehlah tukarkan theme daripada AW3G kepada NAW.
Jika anda 3GS pula, tukar AW 3G kepada theme AW 3GS. Senang, bukan?
0 pengkritik:
Catat Ulasan