“Sudah la lu, cakap talak serupa bikin!” Ujar seseorang kepada temannya sambil buat-buat pelat cina sebab dia bukan cina.
Ayat tersebut memang sudah menjadi kebiasaan digunakan di Malaysia. Bertujuan untuk menyatakan bahawa seseorang itu hanya tahu bercakap, tapi takde pun hasilnya. Atau cakapnya lain, buatnya lain.
Akibatnya mesej baik yang hendak disampaikan tidak kesampaian dek kerana kelakuan atau perbuatannya itu tadi menyalahi apa yang dituturkan. Memang cukup mudah untuk kita memberi nasihat kepada orang lain, seperti guru kepada murid, ayah kepada anak, ketua kepada anak buah. Tetapi adalah amat sukar untuk kita menjadikan diri kita ini sebagai contoh ikutan yang baik kepada orang lain.
Memberi contoh yang baik agar diambil sebagai pedoman dan teladan bagi orang lain cukup banyak bahkan mungkin terlalu banyak boleh kita temui. Seperti filem atau drama, buku-buku cerita, bahkan blog-blog juga banyak boleh kita kutip contoh yang baik. Kisahnya seorang anak yang derhaka dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang akhirnya membawa kepada penyesalan sama ada mungkin ditimpa musibah atau barangkali kehilangan orang tuanya. Namun ianya sekadar contoh daripada lakonan artis tersebut. Untuk menjadi contoh? Mungkin susah sebab si pelakon itu sendiri kadang-kadang terlibat dengan gejala sosial.
Amat malang sekali apabila kegagalan untuk menjadi contoh ini juga turut menimpa guru-guru, ustaz ustazah dan para pemimpin. Mereka sekadar mampu memberi contoh, namun gagal dalam menjadi contoh. Pepatah arab ada mengatakan :
Memberi tunjuk ajar dengan disertakan amali akan menjadi mudah untuk diikuti dan difahami berbanding hanya teori secara lisan sahaja. Begitu juga akhlak mulia, untuk menjadi contoh ikutan perlulah ditunjuk dengan perlakuan si pemberi contoh tidak hanya sekadar melalui pertuturan sahaja. Perlu diingat juga amaran Allah SWT dalam perbuatan cakap tak serupa bikin ini di dalam firmannya :
Apa sangat la kebencian manusia terhadap kegagalan kita dalam melaksanakan apa yang kita tuturkan atau kegagalan kita menjadi contoh teladan kepada yang lain. Tetapi amat dahsyat andai kebencian tersebut datangnya daripada Allah SWT yang menjadi matlamat kita dalam mengejar bahagia dunia dan akhirat.
Jom kita mulakan dengan diri sendiri untuk menjadi ikutan yang lain. Lebih-lebih lagi andai kita seorang muslim, ibu bapa, pemimpin, ustaz ustazah atau guru. والله أعلم
0 pengkritik:
Catat Ulasan