25 Jun 2011

Meng-GOOGLE “sepaktong”

Tiba-tiba terlintas pulak di hati nak meng-google nama blog nih “sepaktong”. Agak terkejut dengan hasil carian tersebut kerana yang naik kalimah Ustaz ‘Sepak Tong’. Dan saya yakin (ye ke hairi?) founder blog sepaktong tidak ada kena mengena dengan al-kisah Ustaz ‘Sepak Tong’ tersebut.

Siapakah manusia yang digelar Ustaz ‘Sepak Tong’ dalam laman-laman web hasil carian tersebut? Masih ingatkah lagi kita pada peristiwa yang berlaku di Permatang Pauh ketika proses kiraan semula kertas undi PRU 11 bagi menentukan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Di tempelkan gelaran ‘Sepak Tong’ ini kerana dikhabarkan Ustaz tersebut telah menyepak tong ekoran rasa tidak berpuas hati dengan keputusan kiraan semula kertas undi yang telah menyebabkan beliau kalah.

Beliau juga merupakan bekas Imam Masjid Negara sebelum mengambil keputusan untuk bertanding bagi kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh. Khabar terkini? Tak tau.. lama tak nampak dalam forum-forum agama di kaca televisyen atau memang aku yang tak tengok..

to founder : sila remove artikel ini kalau rasa2.. apa2 lah

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template