30 Jun 2011

Foto "Underground"

Bulan ni masih lagi sibuk. Tak menang tangan rasanya. Nak susun ayat pun asyik lupa...Ni dah kali ke berapa saya mengedit maklumat, pun lupa juga. Namun, disebabkan rasa sayangnya pada blog ni, terpaksalah kemaskini juga...Jika tidak sekarang, entah bila pula...

Entri kali ini, saya ingin berkongsi beberapa foto-foto "underground" (banyak sebenarnya) yang begitu menarik perhatian serta berinformasi. Foto-foto ini saya pungut dari serata laman web dan dikompilasikan sebagai satu inspirasi.

1. Gua Phraya Nakhon, Thailand
Gua ini terletak di Taman Negara Khao Sam Roi Yot, 300km ke selatan Bangkok. Di situ, terdapat sebuah astaka yang dibina oleh Raja Chulalongkorn pada tahun 1890. 


2. Puerto Princesa, Filipina
Puerto Princesa merupakan saliran air bawah tanah boleh dilalui yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 8.2km. Ia terletak di bandar Kabayugan, Palawan, Filipina barat.

3. Stesen Bawah Tanah Puhung, Korea Utara
Stesen Puhung ini dibina 100m ke bawah tanah, terletak di Pyongyang, Korea Utara. Ia juga berperanan sebagai tempat perlindungan nuklear.

4. NEAT Gotthard Base Tunnel, Switzerland
Terowong landasan keretapi yang merentasi pergunungan Alps ini merupakan yang terpanjang di dunia jika berjaya disiapkan pada 2017, iaitu sepanjang 57km.

5. Lombong Garam Salina Turda, Romania
Lombong garam ini sedalam 40m dari permukaan dan 50m lebar, dikatakan mula beroperasi sejak zaman pertengahan sekitar tahun 1075 dan berakhir pada 1932. Bermula 1992, Salina Turda dibuka kepada umum sebagai pusat haloterapi.

1 pengkritik:

abuHAZEM on 5/7/11 12:44 PTG berkata...

Akhirnya... updated!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template