Jika dunia perkomputeran sebelum ini bermula dengan komputer besar gedabak, ianya terus mengalami proses evolusi dari segi rekabentuk, perkakasan juga perisiannya. Begitu juga dengan penggunaanya. Jika mungkin di awal pembuatannya adalah untuk kegunaan makmal-makmal sains dan ketenteraan, kini budak tadika pun dah pandai guna bahkan mungkin usia lebih awal dari itu.
Jika dulu-dulu kita ada komputer peribadi, kemudian komputer riba(notebook) disusuli oleh netbook dan kini muncul pula gajet yang di panggil tablet PC.
Apakah itu Tablet PC?
Tablet PC ialah komputer mudah alih yang mana peranti input utamanya adalah touch screen (skrin sentuh). Ciri-ciri lainnya adalah dari sudut saiznya yang kecil, sambungan wireless untuk capaian internet dan rangkaian network. Dikuasakan melalui sistem operasi yang pelbagai. Terdapat Tablet PC yang menggunakan sistem operasi mereka sendiri seperti Apple iPad yang munggunakan iOS dan yang lain menggunakan sistem operasi seperti Windows 7, Windows Vista dan Android.
Sejarah
Satu projek yang telah dimulakan di makmal Apple pada tahun 1989 telah menghasilkanTablet PC pertama yang dinamakan Newton dan mula dipasarkan pada 1993. Bagaimanapun, idea dan produk yang mendahului masa ini telah mengalami kegagalan dan tenggelam menjadi sejarah. Langkah utama yang diorak selepas itu adalah dengan pengenalan sistem operasi istimewa Windows XP yang dinamakan edisi Windows XP Tablet PC pada tahun 2001. Edisi ini dibina sokongan untuk pen-sensitive screen dan tulisan tangan. Sumbangan Microsoft juga pada terciptanya nama Tablet PC kerana ianya adalah pertama kali nama tersebut digunakan. Pelbagai usaha dari syarikat yang berbeza dibuat sejak itu dalam menghasilkan Tablet PC. Tetapi akhirnya usaha tersebut berjaya dilakukan sekali lagi oleh Apple melalui penghasilan iPad pada 2010.
Masa Hadapan
Dijangkakan saham-saham mereka akan berkembang hingga mengatasi populariti netbook. Forrester Research mengandaikan lebih 20 juta unit Tablet PC akan terjual menjelang 2015. Ini bererti peningkatan lebih 40% setahun dan menjadikannya pasaran yang tumbuh paling cepat di antara peranti komputer peribadi.
Rekabentuk
- Batu Tulis (Slate) - Rekabentuk klasik Tablet PC yang menggunakan skrin sentuhan dan tanpa papan kekunci.
- Boleh Ubah (Convertible) - Secara asas ianya merupakan sebuah komputer riba dengan fungsi skrin sentuhan. Bentuk seperti komputer riba cuma skrin yang boleh diputar 180 darjah.
- Hibrid (Hybrid) - Sama seperti Convertible tablet cuma memiliki ciri papan kekunci yang boleh ditanggalkan.
- Buku Kecil (Booklets) - Memiliki skrin kembar dan boleh dilipat seperti buku.
- Ranggi (Rugged) - Untuk kegunaan lasak/outdoor seperti di tapak pembinaan.
Kelebihan
Dari sudut saiz yang kecil dan ringan. Bentuknya membuatkan ianya sangat sesuai untuk digunakan ketika duduk di sofa, berbaring mahupun ketika berjalan. Dengan saiz sebesar buku dan aplikasi tertentu, ianya boleh menggantikan cara lama tabiat pembacaan.
Kekurangan
Hardware, terutamanya skrin terdedah kepada kerosakan kerana ianya digunakan dalam pelbagai situasi dan keadaan. Bebanding dengan komputer peribadi lain seperti komputer riba dan PC, Tablet PC memiliki kemampuan yang lebih rendah dan terhad. Terutamanya pada video yang memiliki resolusi yang rendah berbanding komputer peribadi lain. Keselesaan untuk menaip tidak terdapat pada Tablet PC jika dibandingkan dengan papan kekunci tradisi dengan funsi istirehat pergelangan tangan.
Amacam? Dah tentukan Tablet PC idaman? Tapi tidak bagiku kerana keinginanku masih lagi berpihak kepada laptop... haha..
0 pengkritik:
Catat Ulasan