Terlanjur meneroka komunikasi alternatif melalui entri sebelumnya, terjumpa pula laman web berkaitan dengan SMS secara percuma. Alternatif juga, kan?
Sebenarnya, tiada yang baru bagi mereka yang sudah terbiasa dengan SMS dari internet ini. Malah, dengan akses komunikasi yang pelbagai dan semakin canggih, agak sukar juga komunikasi teks kuno ini mendapat tempat di hati kita =)
Namun, jika ada yang berminat atau mencuba kelainan alternatif sedia ada, bolehlah teruskan membaca idea singkat ini...
1.
http://for-ever.us/
Hantar SMS tanpa perlu mendaftar.
Cara guna: Masukkan nombor telefon penerima pada
Mobile Number dan jangan lupa sertakan kod antarabangsa kat depan nombor tel penerima tu. Kod antarabangsa untuk Malaysia adalah 6, jadi anda kena sertakan nombor 6 tu. Jangan masukkan kod negara lain sudah.
Contoh: Misalnya nombor telefon penerima ialah 012-3456789 maka anda kena masukkan nombor 60123456789 tanpa sebarang tanda mahupun jarak.
Anda isilah mesej dengan karektor kurang daripada 160. Dalam mesej tu korang jangan la lupa sertakan nama anda, ye? Bukan apa, takut si penerima
SMS tu terkejut beruk dengan
SMS tu. Maklumlah, nombor yang masuk bukan nombor yang dikenali.
Dah siap semua, tekanlah
Send tu. Selesai.
2.
http://www.chawt.com/index.php
Perkhidmatan ini memerlukan anda mendaftar dan mengaktifkan nombor telefon terlebih dahulu.
Cara penggunaannya cukup mudah.
Selepas mendaftar, anda hanya perlu masukkan nombor telefon penerima dan menaip mesej. Setiap
SMS yang dihantar akan disertakan dengan iklan pendek dari
Chawt. Namun,
SMS percuma ini ada hadnya. Anda hanya boleh hantar tidak lebih dari 15
SMS sehari. Jadi, ia mungkin berguna sewaktu kecemasan.
3.
http://www.mostsms.com
Perkhidmatan SMS ini juga memerlukan anda mendaftar dan mengaktifkan nombor telefon.
Boleh dikatakan
mostSMS merupakan platform penghantaran
SMS secara percuma yang paling popular bagi pengguna telefon bimbit di Malaysia. Dengan
mostSMS, pengguna boleh menyimpan nombor telefon dan mesej yang telah dihantar serta diterima.
Penggunaannya juga mudah dan mesra pengguna. Di samping menaip sendiri mesej, pengguna juga boleh memilih teks mesej sedia ada mengikut kategori seperti "Harijadi", "Persahabatan", "Lawak", "Cinta" dan sebagainya.
Sebenarnya, ada banyak lagi
SMS percuma yang ditawarkan antaranya ialah
DodoText yang dijadikan aplikasi Facebook serta
WhatApps yang boleh dipasang pada
OS Android dan iPhone. Jadi, pilihlah alternatif terbaik untuk anda. Selamat ber
SMS!
0 pengkritik:
Catat Ulasan