28 Ogos 2011

Cara Pasang Fail .deb Pada iPhone


Fail .deb adalah salah satu jenis fail instalasi yang berfungsi pada persekitaran peranti iOS yang telah di "jailbreak". Biasanya fail ini dipasang menggunakan Cydia melalui sumber yang telah kita sediakan dan disahkan. 


Bagaimana pun, terdapat juga sumber yang kita masukkan tidak ditemui Cydia, atau kita memperoleh fail .deb ini dari mana-mana sumber tertentu. Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa membuat pemasangan fail .deb secara manual.

Ikuti panduan di bawah untuk memasang fail .deb pada iPhone atau iPod anda.

Langkah 1.

Hubungkan iPhone menggunakan "iPhone Explorer" di komputer anda.

(Jika belum ada, sila ke pautan "iPhone Explorer" untuk muaturun dan memasangnya)


Langkah 2.

Pada folder "Root Directory", pilih folder "/var/root/Media/Cydia/AutoInstall".

Masukkan atau pindahkan fail .deb ke dalam folder AutoInstall tersebut.

(Jika folder tersebut tiada, anda boleh cipta sendiri)


Langkah 3.

Reboot iPhone / iPod.

Sebaik sahaja ia respring, perisian fail .deb akan dipasang secara automatik.


Selesai.
Mudah, bukan?

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template