22 Mei 2011

Helah Permainan Windows


Pernah main permainan yang disediakan Windows? Biasanya, tahap permainannya adalah rendah dan memudahkan pemain memenanginya. Haa...ada juga yang bengang sebab tidak pernah menang? Jangan risau, sila cuba helah yang kami sediakan di bawah ini.

# Solitaire

  1. Menang segera: Tekan ALT + SHIFT + 2
  2. Buka hanya satu kad: Tekan CTRL + ALT + SHIFT, diikuti dengan klik pada kad yang belum dibuka.

# FreeCell

  1. Menang segera: Tekan CTRL + SHIFT + F10, kemudian klik "Abort". Seterusnya, alihkan satu kad.
  2. Mod Permainan Tersembunyi: Pada menu "Game", pilih "Select Game". Di sini kita boleh pilih mod permainan 1 hingga 1 juta. Tapi, kita juga boleh pilih nilai negatif seperti -1, -2 sehingga -4.

# Pinball

  1. Bola tanpa had: Taip bmax pada permainan baru.
  2. Bola tambahan: Taip 1max pada permainan baru.
Continue Reading

17 Mei 2011

Lindungi Data Thumb Drive Anda


Kebanyakan pengguna komputer hari ini tidak dapat lari dari menggunakan thumb drive. Ia mudah dibawa kerana sifatnya yang kecil dan ringan. Namun, isu jangkitan virus pada thumb drive tidak pernah selesai. Manakan tidak, thumb drive dicucuk merata-rata. Silap haribulan, dapatlah virus dari entah mana-mana komputer...kan? 

Akhirnya, nak akses data pun tak boleh lagi kerana ianya telah korup...! Boleh meraung juga kalau yang rosak tu data penting...

Apa yang penting di sini ialah keselamatan data. Di sini, kami sediakan dan kongsikan sedikit maklumat tentang aplikasi yang boleh dipercayai untuk menjaga keselamatan data thumb drive. Antaranya ialah:
Continue Reading

08 Mei 2011

B.O BO S.A.N SAN BOSAN

Kenapa boring aka bosan? Sesuatu yang normal atau sesuatu yang tidak sepatutnya wujud dalam kamus seorang Muslim? Bosan sebab tiada sesuatu yang hendak dilakukan? Bosan aka jemu sebab melakukan rutin yang sama?

Kita kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia sepertimana di dalam al-Quran Surah Adz-Zaariyat yang kerap diulang-ulang dalam khutbah jumaat oleh Pak Khatib :

Jelas di sini Allah SWT telah menjadikan kita dengan bertujuan, ada matlamat. Hasilnya akan dituai bila mana kita bertemu Allah SWT. Selagi mana kita belum digelar mayat, maka selagi itu tugas kita belum selesai. Bukan bermaksud beribadah itu hanya duduk di masjid atau di surau-surau sahaja. Selai perbuatan kita itu tadi tidak menyalahi Islam dan di niatkan kerana Allah SWT, maka insyaallah ianya adalah ibadah.
Continue Reading
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template