Kebanyakan pengguna komputer hari ini tidak dapat lari dari menggunakan thumb drive. Ia mudah dibawa kerana sifatnya yang kecil dan ringan. Namun, isu jangkitan virus pada thumb drive tidak pernah selesai. Manakan tidak, thumb drive dicucuk merata-rata. Silap haribulan, dapatlah virus dari entah mana-mana komputer...kan?
Akhirnya, nak akses data pun tak boleh lagi kerana ianya telah korup...! Boleh meraung juga kalau yang rosak tu data penting...
Apa yang penting di sini ialah keselamatan data. Di sini, kami sediakan dan kongsikan sedikit maklumat tentang aplikasi yang boleh dipercayai untuk menjaga keselamatan data thumb drive. Antaranya ialah:
Menurut pengeluar aplikasi ini, Immunizer mampu mengekang ancaman malware yang berasaskan autorun pada penstoran USB dan kad SD. Ia menghalang sebarang malware daripada menghasilkan fail autorun.inf, seterusnya merencatkan proses pelancarannya. Ini bermakna, thumb drive kita kekal selamat walaupun digunakan pada komputer yang telah dijangkiti.
Aplikasi ini bersaiz kecil, mudah untuk dikendalikan serta sangat berkuasa. Sebaik sahaja "write protect" dilaksanakan, fail-fail kita tidak boleh lagi diubahsuai, dibuang mahu pun dieksploitasi. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan kehilangan data secara tidak sengaja.
3. USB Defender
Agak sama seperti "USB Write Protector". Cuma, aplikasi ini membuat penambahan dari segi keupayaan mengesan serta melindungi data dari serangan virus.
Aplikasi keluaran Microsoft ini agak menyeluruh penggunaannya. Antara fungsinya ialah menyalin data, membuat "backup dan restore", mengubah label serta lain-lain lagi. Aplikasi ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengendalikan pelbagai platform USB dalam satu-satu masa.
Aplikasi ini pula menitikberatkan keselamatan data serta maklumat dari dicuri, dipadam mahu pun dilihat. Ada pelbagai aplikasi yang menekankan hal yang sama, namun kelebihan utama aplikasi ini ialah fail yang telah dienkrip mampu dibuka pada mana-mana komputer oleh pemiliknya tanpa perlu kebenaran "administrative". Dalam masa yang sama, ia juga melindungi maklumat yang digunakan oleh pemiliknya semasa berada di komputer lain. Seterusnya, memudahkan pengguna melakukan tugasan pada mana-mana komputer tanpa perlu risau keselamatan data dan maklumat yang ditaip.
P/S: Hanya sekadar berkongsi. Mungkin ada aplikasi yang lebih baik. Pun begitu, ia juga bergantung kepada diri sendiri...
0 pengkritik:
Catat Ulasan