Pernah main permainan yang disediakan Windows? Biasanya, tahap permainannya adalah rendah dan memudahkan pemain memenanginya. Haa...ada juga yang bengang sebab tidak pernah menang? Jangan risau, sila cuba helah yang kami sediakan di bawah ini.
# Solitaire
- Menang segera: Tekan ALT + SHIFT + 2
- Buka hanya satu kad: Tekan CTRL + ALT + SHIFT, diikuti dengan klik pada kad yang belum dibuka.
# FreeCell
- Menang segera: Tekan CTRL + SHIFT + F10, kemudian klik "Abort". Seterusnya, alihkan satu kad.
- Mod Permainan Tersembunyi: Pada menu "Game", pilih "Select Game". Di sini kita boleh pilih mod permainan 1 hingga 1 juta. Tapi, kita juga boleh pilih nilai negatif seperti -1, -2 sehingga -4.
# Pinball
- Bola tanpa had: Taip bmax pada permainan baru.
- Bola tambahan: Taip 1max pada permainan baru.
2 pengkritik:
patut la asik menang jer
cuba jgk trik untuk minesweeper...rupa2 nya dh tak boleh diguna pada vista dan 7.
Catat Ulasan