Kenapa boring aka bosan? Sesuatu yang normal atau sesuatu yang tidak sepatutnya wujud dalam kamus seorang Muslim? Bosan sebab tiada sesuatu yang hendak dilakukan? Bosan aka jemu sebab melakukan rutin yang sama?
Kita kembali kepada tujuan asal penciptaan manusia sepertimana di dalam al-Quran Surah Adz-Zaariyat yang kerap diulang-ulang dalam khutbah jumaat oleh Pak Khatib :

Jelas di sini Allah SWT telah menjadikan kita dengan bertujuan, ada matlamat. Hasilnya akan dituai bila mana kita bertemu Allah SWT. Selagi mana kita belum digelar mayat, maka selagi itu tugas kita belum selesai. Bukan bermaksud beribadah itu hanya duduk di masjid atau di surau-surau sahaja. Selai perbuatan kita itu tadi tidak menyalahi Islam dan di niatkan kerana Allah SWT, maka insyaallah ianya adalah ibadah.
Bahkan tugas kita terlalu banyak sebenarnya hingga jika dihitung dengan sebenar-benarnya maka tidalah ruang atau peluang kita untuk berehat. Berapa ramai saudara-saudara kita di luar sana yang sebenarnya memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk material mahu pun bimbingan. Dari semuda-muda hingga se'otai-otai'nya. Terlalu banyak masa kita guna untuk kepentingan sendiri sebenarnya hingga kadang-kadang menafikan tali persaudaraan atas nama Islam mahupun kemanusiaan yang kita abaikan.
Banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk menghindarkan kebosan

Teringat kata-kata berbisa dari bekas boss penulis : "Orang yang tak sibuk adalah orang yang tidak berguna". Aduss.. sungguh bisa itu masih terasa, cuma leka untuk dicari penawarnya. Memang kita sibuk, cuma kadang-kadang sibuk dengan perkara yang tidak perlu dipersibukkan sebenarnya. والله أعلم
0 pengkritik:
Catat Ulasan