Selepas dua minggu menahan gelora, baru hari ini saya berpeluang menonton filem "Transformers: Dark of the Moon". Siri buah tangan terbaru daripada Michael Bay ini merupakan antara muvi yang sentiasa saya nantikan. Ia langsung tiada kaitan dengan heroinnya yang seksi dan menggoda itu, sebaliknya, tarikan utamanya adalah kesan khasnya yang memukau! Saya percaya, ramai yang sukakan filem ini kerana kesan khasnya....
Rasa ghairah dan kekaguman saya pada awal-awal cerita mula mengendur sedikit demi sedikit. Dalam masa sama, saya mulai kebosanan dan lebih banyak menumpukan perhatian pada jam di tangan. Namun, saya cuba juga untuk memahami kisahnya hingga ke penghujung.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya hilang fokus, seperti:
# Watak yang terlalu ramai
Di samping pelakon-pelakon lama, kita bakal dihidangkan dengan watak-watak baru. Ada antaranya hanya dikategorikan sebagai "pelengkap" dan pak lawak sahaja. Di samping watak-watak manusia, kita juga diperkenalkan dengan watak-watak baru dari kalangan "Autobots" mahu pun "Decepticon".
#Kecelaruan jalan cerita
Cerita ini perlu mengisahkan banyak pihak dari pelbagai watak. Kisah pihak "kerajaan", kisah "Autobots", kisah "Decepticon", kisah Sam dan heroinnya, kisah "pengkhianat" dan sebagainya. Ia sebenarnya mampu menjadi lebih menarik jika jalan ceritanya dapat disusun dengan kemas. Sayangnya....
#Kekurangan Aksi
Samada disengajakan atau tidak, siri terbaru ini lebih memfokus kepada penceritaan berbanding aksi. Menonton cerita selama dua jam setengah dengan selang-seli aksi yang pendek membuatkan kita rasa mengantuk!
Di samping itu, kesudahannya juga agak mengecewakan. Kita akan dapat lihat Megatron begitu mudah ditewaskan :(
Bagaimana pun, Transformers mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun hampir dua minggu ia ditayangkan, sambutannya masih hangat. Sehingga hari ini, kutipannya sudah melebihi USD$260 juta, antara kutipan ketiga tertinggi bagi tahun ini.
1 pengkritik:
Tunggu ko download je la gamaknya...
Catat Ulasan