14 Julai 2011

Gatal Jari : MAS vs ARS

Pada 13 Julai yang lalu telah di adakan perlawanan persahabatan di antara Pilihan Malaysia menentang Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena Arsenal Asia Tour 2011. Seperti yang dijangka, keputusan memihak kepada Arsenal dengan 4 berbalas 0.

Melihat kepada koleksi gambar-gambar penonton di stadium mahupun menerusi siaran streaming di internet, sebahagian besar penonton memakai jersi pasukan Arsenal. Terdapat juga penonton yang memakai jersi Harimau Malaya namun bilangannya agak sedikit (atau mungkin tidak difokus oleh kamera?).

Lantas apakah tanggapan kita kepada rakyat Malaysia ini tadi yang sokongannya dalam perlawanan itu lebih cenderung kepada Arsenal? Apakah wajar mereka di gelar pengkhianat negara? Penderhaka kepada YDPA? Tiada semangat patriotik? Pemuja Si Kafir?

Cuba pula kita relatekan dengan Bersih2.0. Para penyarung baju kuning telah ditohmah dengan pelbagai gelaran seperti pengkhianat bangsa, agama, penderhaka, komunis dan sebagainya dengan sebab mereka tidak sehaluan dengan parti pemerintah. Sedangkan Perlembagaan mengiktiraf hak mereka.

Beza di antara dua pihak (penyokong Arsenal dan penyokong Bersih 2.0) ialah medannya berbeza. Iaitu satu di medan politik dan satu lagi di medan sukan. Seandainya perbezaan itu tadi wujud di dalam medan politik, maka akan diperangi habis-habisanlah pihak tersebut. Tetapi andai di medan selain itu, silakan. Berapa banyak perlawanan bolasepak yang sunyi daripada keganasan teruatamanya kes mercun. Berapa kali pula perlawanan tersebut diharamkan daripada berhimpunnya para penyokong? Berapa banyak pesta huhahuha yang menyebabkan kesesakan lalulintas namun tetap diizinkan? Silakan, asal jangan menentang parti pemerintah.

Sudut persamaannya adalah mereka inginkan sesuatu yang terbaik buat Malaysia sama ada di medan sukan mahu pun politik. Mereka mahukan pasukan yang hebat untuk negara. Andai Malaysia berada di ranking top 20, mungkin keadaan adalah sebaliknya. Manakala apa yang di protes oleh Bersih adalah peranan SPR, bukannya kerajaan. mereka mahukan SPR berperanan untuk Kerajaan agar ketika pilihanraya parti-parti bertanding dapat peluang yang sama untuk berkempen, penggunaan media dan sebagainya. Supaya nanti rakyat boleh menilai dan memilih parti yang membuat tawaran terbaik buat mereka untuk meneraju dan memacu kerajaan. والله أعلم

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template