24 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Selamat datang Ramadhan!! Ramadhan pasti tiba.. cuma kita yang tidak pasti apakah akan bertemu dengannya. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan puasa ini amat dinanti-nantikan kehadirannya oleh para pencintanya. Adakah wujud pembencinya? Mungkin boleh kita lihat dan perhati manusia-manusia di sekeliling kita.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
Jelas, perintah puasa ini bermatlamat untuk menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Corak sambutan Ramadhan mungkin berbeza di setiap negara ummat Islam, begitu juga bagi setiap diri muslim itu sendiri. Contoh terbaik adalah yang datang daripada Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan salafus soleh. Mereka menghidupkan Ramadhan dengan pelbagai amalan tambahan tanpa mengurangkan amalan rutin harian. Mereka berperang di bulan Ramadhan, mengurus tadbir negara, bekerja dan pelbagai amalan harian. Di tambah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan pelbagai amal tambahan. Ini adalah kerana faktor ganjaran extra yang ditawarkan oleh Ramadhan.

Ramadhan kita? Dipenuhi dengan sentimental-sentimental value yang kadang-kadang merosak pemburuan ganjaran-ganjaran extra Ramadhan. Amalan berbuka puasa bersama-sama keluarga kerap mengorbankan solat Maghrib berjemaah kita di masjid. Tabiat berjalan-jalan di pasar petang meningkatkan kos belanjawan. Solat Tarawikh terkadang lebih dikejar berbanding Isyaknya. Terlalu menyibukkan diri dengan Aidilfitri di hujung Ramadhan, sedangkan di waktu itulah sepatutnya diisi dengan pemburuan Lailatul-Qadr. Aktiviti-aktiviti perancangan seperti seminar, mensyuarat dan waktu bekerja juga terbantut akibat alasan letih berpuasa.

Selamat menempuhi madrasah Ramadhan, moga ada peningkatan amalan kita di bulan Ramadhan selari dengan peningkatan usia kita. والله أعلم

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Rabbani


Ramadhan 2 Zaman - The Zikr

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template