Penat juga memandu semalam (Ahad) walaupun hanya empat jam sahaja dari rumah ke Telok Intan. Kalaulah saya tidak mengamalkan pemanduan berhemah (sedar sebab ada Operasi Ops Sikap), boleh jadi kurang dari tiga jam agaknya. Agaknya, lah...
Oh, ya. Saya ke sana sebab menghantar adik ipar - Ain, yang telah diarahkan melapor diri sebagai guru (penempatan kali pertama GSST) di PPD Telok Intan pada 7hb Februari. Kiranya adventures jugakla dia, dari Terengganu ke Perak...phew!
Mana Papan Tanda?
Pukul 12.30 petang, sampai di Telok Intan. Si Ain tidak sabar-sabar hendak melihat sekolahnya terlebih dahulu. Ikut sahajalah...nak buat macam mana, dia dah terlalu excited. "Dah lama jadi guru nanti, taulah dia...hehe!" Bisik aku kat isteri...
1.30 petang, masih lagi 'tawaf' dalam bandar Telok Intan sebab tak jumpa jalan keluar. Kelakar pun ada rasanya. Lagi kelakar bila melihat setiap simpang tiada papan tanda arah. Bila dah keluar dari bandar, barulah perasan tersalah arah. Mungkin juga sebab bandarnya kecil, jadi pihak berkaitan menganggap tiada orang bakal tersesat dalam bandar tersebut.
Dapat Diskaun!
Setelah semuanya selesai, pukul 2.30 petang barulah pergi check-in kat Rest House, Telok Intan. Nasib baik masih ada kekosongan bilik. Sebagai kakitangan awam, dapatlah juga diskaun 10%...syukurlah.
Telok Intan ini dahulunya merupakan antara tempat favorite saya dan rakan-rakan berkunjung sewaktu belajar, sekitar tahun 1996 - 1999. Dan, setelah hampir 13 tahun tidak menjengahnya, begitu banyak perubahan dan pembangunan yang telah dilakukan, terutamanya di sekitar Menara Condong. Namun begitu, ada juga yang masih lagi tidak berubah.
5 Fakta Mengenai Telok Intan yang Masih Tidak Berubah
- Menara Condong masih lagi senget.
- Orang Cina masih lagi kaum terbesar.
- Jalan raya masih lagi menjadi penghubung utama.
- Banyak kenderaan awam menggunakan plat "A".
- Masih kurang papan tanda.
Jangan marah orang-orang Telok Intan, bergurau sahaja...hahah!
Selamat menyambung kerja kepada rakan-rakan yang bekerja hari ini!
4 pengkritik:
Memang la plat A..
cis..
mmg la...fakta tu kan?
heheh
hairi, aku org tluk intan..wah..hehehe...mmg cini kurang papan tanda sebab jalan senang..ekekeke
mmg ah, bro. tp, kebetulan ari tu sambutan TBC...so, trafik utama di tutup :)
Catat Ulasan