13 Februari 2011

Harapan Baru di Bumi Kinanah

Sukar digambarkan perasaan bila mendapat tahu Pesiden Mesir Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatan seterusnya memberikan kemenangan buat seluruh rakyat Mesir yang berada di dalam dan luar negara. Tuntutan perletakan jawatan Presiden yang dianggap sekutu Amerika dan Israel itu telah bermula 18 hari yang lalu sebelum pengumuman perletakan jawatan tersebut diumumkan oleh Omar Suleiman.
Terasa seperti kemenangan tersebut berlaku di negara sendiri dan lebih mengujakan berbanding kemenangan parti sokongan di Dun sendiri.. seriously. Manakan tidak, bumi Mesir pernah menjadi permukiman saya dalam menuntut ilmu di bumi kinanah tersebut. Walaupun tidak join acara-acara bercorak politik di negara tersebut, tetapi dapat dirasakan tekanan-tekanan yang diterima oleh parti pembangkang terutama gerakan yang didokong oleh Ikhwanul Muslimin.

Kemenangan rakyat Mesir ini juga berbetulan dengan tarikh pembunuhan pengasas gerakan Islam yang paling berpengaruh di dunia iaitu As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (Ikhwanul Muslimin). Walaupun parti tersebut tidaklah secara langsung mengepalai proses revolusi tersebut, tetapi revolusi tersebut merupakan suara majoriti rakyat Mesir. Firman Allah SWT :
Mendengar bacaan doa yang diimami oleh Syeikh Muhammad Jibril di Medan Tahrir menambahkan lagi perasaan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini. Semoga apa yang diimpikan oleh warga Mesir bakal menjadi kenyataan. Dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar bijak mengurus tadbir negara, tetapi juga bijak menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Juga diharap warga Gaza dapat menumpang tuah dengan pengunduran Hosni Mubarak. Jika sebelum ini pintu sempadan di Rafah ditutup rapat, mudah-mudahan selepas ini akan dibuka selapang-lapangnya tanpa perlu lagi warga Palestin melalui lorong-lorong di bawah tanah demi mencari keperluan harian.


Revolusi di Malaysia? Mungkin tidak.. kerana apa agaknya?
a. Malaysia Negara Islam
b. Pemimpin Berjiwa Rakyat
c. Keamanan dan kemakmuran
d. Kestabilan ekonomi
e. Dan lain-lain

والله أعلم

2 pengkritik:

Hairi Ahmad on 13/2/11 12:38 PG berkata...

jazakallah...

mmg sayu melihat mrk menunaikan solat tu...

Firdaus Kasim on 13/2/11 12:33 PTG berkata...

sorang lawan sejuta.. mesti la sejuta menang.. lain la kalo sorang tue adalah malaikat

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template