09 Februari 2011

6 Perkara "Paling Gagal di Dunia"


Seorang pengarang buku pengurusan masa paling terkenal, Alan Lakein pernah berkata:
" Failing to plan is planning to fail "
Betul juga, kan? Namun, ada juga kegagalan yang tidak dirancang atau kita sudah merancang dengan begitu teliti tetapi masih juga gagal. Perlulah diakui bahawa masih banyak lagi perancangan yang perlu kita perbaiki di samping pasrah pada ketentuan takdir.

Fakta Tentang "Paling Gagal di Dunia"

Menarik juga bila memfokuskan tentang kegagalan yang melanda seluruh dunia ni. Tapi, kalau saya letak banyak sangat fakta tentangnya agak membosankan pula. Jadi, eloklah enam sahaja...antaranya:

#1. Perkahwinan

Mengikut statistik semasa, perkahwinan "Paling Gagal di Dunia" ialah negara Russia iaitu sebanyak 5 daripada 1,000 perkahwinan. Hmmm...agak-agaknya, negara mana paling tinggi kalau ditambah sekali dengan penceraian di kalangan pasangan yang berkahwin secara 'tidak rasmi'?

#2. Kesihatan

Manakala, aspek penjagaan kesihatan "Paling gagal di Dunia" pula di dahului oleh negara Swaziland. Antara kriteria yang dinilai ialah dari segi penyakit dan kematian. Perangkaan ini dinilai oleh World Health Organisation (WHO). Sedih juga melihat negara ni, sudahlah kecil...tersepit pula di tengah-tengah benua Afrika yang tandus. 

#3. Kesuburan

Aspek kesuburan dinilai dari segi kadar kelahiran. Dalam hal ini, negara yang "Paling Gagal di Dunia" dalam aspek kesuburan ialah Jepun. Negara ini hanya mencatat 7.87 bayi bagi 1,000 penduduk. Tapi, tidak hairanlah sebab negara Jepun sekarang ni pun merupakan antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi di dunia.

#4. Keselamatan

Negara yang "Paling Gagal di Dunia" dalam mengawal keselamatan negaranya ialah Iraq. Setiap hari ada sahaja serangan-serangan yang dilakukan oleh penentang terhadap kerajaan Iraq yang baru, walaupun ia dibantu oleh tentera elit Amerika Syarikat.

#5. Keselamatan Jalan Raya

Di jalan raya pula lain ceritanya. Negara Estonia merupakan negara yang "Paling Gagal di Dunia" dalam aspek keselamatan pemandu-pemandu kenderaan. Untuk makluman, laporan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada tuntutan insuran dan kadar kematian akibat kemalangan.

#6. Urus Tadbir Negara

Akhir sekali, aspek urus tadbir ini melibatkan negara "Paling Gagal di Dunia" dalam pelbagai perkara termasuklah sistem pentadbiran, pengurusan ekonomi mahu pun ketenteraan. Boleh juga kita anggap sebagai negara yang tidak berkerajaan. Negara mana lagi jika bukan negara Somalia. Amerika pun dah 'angkat tangan', lalu 'angkat kaki' dari negara ni...hehe!

Harap-harap dapat juga manfaatnya untuk kita semua :)

4 pengkritik:

Kaymama on 9/2/11 4:12 PTG berkata...

Hai... slmt berkenalan...(psglah shoutbox senang nk jerit :)...Kegagalan yg no 1 tu kat malaysia pun makin bertambah skrg...

Hairi Ahmad on 9/2/11 6:31 PTG berkata...

slmt berkenalan juga,KAY.
bkn tak nak pasang...cuma, blog ni masih baru. jd, tak mahu terlalu excited sgt nk letak itu ini.

btw, thnks.

Mr.Kerro on 12/2/11 10:57 PTG berkata...

malaysia ada masuk tak?..hehehe

Hairi Ahmad on 12/2/11 11:47 PTG berkata...

malaysia masuk bab "Negara Paling Banyak Berlaku Perkara Ajaib di Dunia"

erk...ye, ke? hahah...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template