15 Februari 2011

1 Malaysia 1 Ummah

Tanggal 12 Rabiul Awwal merupakan tarikh di mana ummat Islam seantero dunia meraikan ulangtahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Di Negara kita Malaysia akan adalah satu sambutan yang digelar Sambutan Maulidur Rasul. Ada yang meraikannya dengan bacaan berzanji sejak awal bulan Rabiul Awwal, ada yang mengadakan ceramah-ceramah dan tak kurang juga yang meraikannya dengan perarakan-perarakan. Di kala ini juga akan timbul pula soal hukum-hakam berkaitan dengan sambutan tersebut yang bolelah di googling andai ingin mengikuti perbincangan-perbincangannya.

1 Malaysia 1 Ummah merupakan tema sambutan Maulidur Rasul 1432H. Tema ini sememangnya amat bertepatan dengan hadirnya Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk manusia bahkan alam seluruhnya. Firman Allah SWT :
Allah SWT mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia telah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat ke seluruh alam. Bagi mereka yang menerima rahmat dan mensyukuri nikmat ini, berbahagialah dia di dunia dan akhirat. Kerugian di dunia dan akhirat bagi orang yang menolaknya.
Tema yang cantik dan menarik tidak memadai, tetapi sejauh manakah tindakan kita dalam usaha membawa 1 Malaysia ke arah 1 Ummah(Islam). Adakah pemahaman non-muslim terhadap Islam anutan majoriti penduduk di Malaysia telah benar-benar difahami? Adakah kita sebagai Muslim, telah berjaya menjadi duta bagi Allah dan RasulNya dalam menunjukkan kemuliaan Islam? Atau kitalah penyebab kepada jauhnya masyarakat non-muslim terhadap Islam bahkan yang Muslim sendiri turut ramai yang kecundang dalam mempertahankan akidah.
Andai 50 tahun dahulu gerakan-gerakan dalam menyebarluaskan kefahaman non-muslim terhadap Islam berjalan dengan baik, mungkin Islam di tanah air kita lebih menarik dan cantik warnanya. Namun sekarang jika kita melihat kepada komen-komen mereka terhadap Islam yang menyerlahkan ketidakfahaman mereka terhadap Islam, mingkin kita telah membazirkan masa yang ada selama 50 tahun. Jom kita mulakan dengan diri dan keluarga kita dalam menonjolkan kemuliaan yang ada pada Islam dengan harapan ianya menjadi qudwah, contoh kepada masyarakat non-muslim di luar sana. والله أعلم

2 pengkritik:

muss on 15/2/11 9:25 PTG berkata...

Sorang tenam sekerja saya bangsa cina, bertanya mus.. esok cuti hari apa aaa.... kena tengok anak bulan ka...?

Maknanya mereka juga berminat nak tahu, cuma kita yang tak rajin nak cerita dan sebarkannya. Kalau bercerita pun tak berhemah, jadi mereka tetaplah tak faham dan minat nak tahu pun lenyap.

abuHAZEM on 15/2/11 10:25 PTG berkata...

teruskan usaha saudara utk berdakwah, berikan cth tauladan yg baik

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template