04 Februari 2011

Part 1: Mudahkah Membangunkan Laman Web Sendiri?


Jika soalan ini ditanya sedekad dahulu, jawapan yang pasti ialah "Susah. Anda kena mulakan dari 0". Kalau ada pun cara senang pada masa itu hanyalah dengan menumpang domain Geocities. Blogger pun masih belum ada. Boleh dikatakan, rata-rata rakyat Malaysia pada masa itu masih lagi kurang mahir dalam ICT. Mana-mana komputer peribadi dan Cafe Siber pula lebih banyak diisi dengan permainan komputer - termasuklah saya sendiri :)

Saya ingat lagi, tutorial pertama yang saya ikuti untuk membangunkan laman web sendiri ialah dari versi Indonesia, tahun 2002 secara percuma! Jenuh juga mencari tutorial dalam bahasa Melayu tetapi hampa. Kalau saya tidak silap, rasanya ada, tapi berbayar. Setelah bertungkus-lumus siang dan malam, akhirnya berjaya juga membangunkan laman web HTML dengan hanya menggunakan Notepad.

Masa sudah berubah. Pembangunan web juga sudah dipermudahkan dengan pelbagai tools, framework serta platform yang disediakan. Malah, murid sekolah rendah juga mampu membangunkan sebuah laman web jika diberi peluang dan tunjuk ajar yang betul.

Guna Blog Buat Laman Web?

Ramai juga individu atau syarikat tertentu yang guna blog sebagai laman web. Ia tidak salah pun. Apatah lagi jika laman web tersebut bersifat peribadi dan kecil-kecilan. Namun, kesilapannya ialah mungkin pembangun atau pengendalinya tidak memahami bahawa kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza untuk tujuan yang juga berbeza.

Jadi, Apa Beza Blog dan Web?

Secara mudahnya, blog ditujukan khas kepada mereka yang suka menulis atau berkongsi idea, pengalaman dan juga hobi di internet. Catatannya dipapar mengikut masa atau period yang telah ditetapkan. Tidak keterlaluan jika kita katakan ia lebih bersifat pemilikan peribadi.

Manakala, web pula berperanan dalam mengurus dan mengendalikan kepelbagaian data, maklumat serta bahan bagi sesuatu organisasi mahu pun individu. Dalam hal ini, jika kita mahukan lebih formaliti dan kepelbagaian fungsi dalam menguruskan maklumat, maka laman weblah jawapannya.

...Bersambung.

5 pengkritik:

kyo_9 on 4/2/11 9:32 PTG berkata...

wah.. cam menarik entry nih..
x sabar plak nk tunggu part 2..
keep on da good work bro..

Hairi Ahmad on 5/2/11 2:13 PG berkata...

thanks, bro kyo...
kadang2 masa je tak mengizinkan.

abuHAZEM on 6/2/11 8:20 PTG berkata...

dengan menggunakan netscape composer dulu aku n fren buat laman web utk geng serumah..

Mr.Kerro on 12/2/11 10:55 PTG berkata...

igt lagi dlu guna microsoft frontpage..heheh

Hairi Ahmad on 12/2/11 11:44 PTG berkata...

yerp...FP lg mudah sebenarnya...sbb tu netscape composer bungkus.. hhehe

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template