14 Februari 2011

Tutorial Cloudflare: Tingkatkan Prestasi dan Keselamatan Web Anda!


Entri ini adalah respon kepada artikel "Mesti Baca! Blog Anda Dalam Bahaya!" oleh Mr. Kerro. Ini bukan promosi atau iklan, ye! Malahan, saya buat tutorial ini pun hanyalah semata-mata untuk membantu rakan-rakan dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kelancaran trafik laman web. Iyalah, tak semua antara kita mahir dalam isu ini. Jadi, apa salahnya jika kita menyerahkannya kepada pihak yang pakar...salah satunya ialah Cloudflare!

Kebaikan Menggunakan Cloudflare

"CloudFlare protects and accelerates any website online. Once your website is a part of the CloudFlare community, its web traffic is routed through our intelligent global network. We automatically optimize the delivery of your web pages so your visitors get the fastest page load times and best performance. We also block threats and limit abusive bots and crawlers from wasting your bandwidth and server resources. The result: CloudFlare-powered websites see a significant improvement in performance and a decrease in spam and other attacks" - Cloudflare.Com

Jelas, kan? Untuk lebih mudah kefahaman, saya senaraikan beberapa kebaikannya kepada laman web anda:


Meningkatkan prestasi web


  • Cloudflare menggunakan kaedah Content Delivery Network (CDN) kepada server proksinya di seluruh dunia. Dengan kata lain, kandungan web kita akan diagihkan kepada proksi server di seluruh dunia, iaitu yang paling hampir dengan pengguna. Secara tidak langsung, pengguna akan mendapati loading web kita lebih cepat berbanding biasa.


Keselamatan web


  • Perlindungan dari ancaman malware, bot dan spam -- melalui program "Honey pot" yang memerangkap sebarang malware, bot dan juga spam sebelum sampai ke laman web pengguna. Dalam masa sama, ia juga mampu mengelakkan kesesakan trafik dan menjimatkan bandwith server.
  • Perlindungan dari penggodam -- domain laman akan diagihkan kepada DNS server yang berbeza. Jika penggodam berjaya sekali pun, ia bukan server asal anda!

Bagaimana? Jika menarik, jom kita teruskan sahaja dengan TUTORIAL!

Langkah 1
Pergi ke laman Cloudflare untuk "Signup".
Selepas itu, anda akan log masuk secara automatik.

Langkah 2
Masukkan nama web pada ruangan "Enter Your Domain", kemudian klik butang "Add this domain".


Langkah 3
Tunggu sehingga Cloudflare siap mengesan tetapan DNS asal web anda.

Setelah selesai, klik "Continue to Step 2".


Langkah 4
Cloudflare akan menyalin DNS anda. Biasanya tiada masalah...teruskan menekan butang "I'm Done Checking". Lagi pun, anda boleh menyemak dan mengubahsuainya di lain masa.



Langkah 5
Pada langkah ini juga, kita tidak perlu lakukan apa-apa perubahan. Cuma pastikan hanya laman web sahaja dikuasakan oleh Cloudflare, bukannya email dan rekod lain. Jika berjalan lancar, tekan butan "My settings look good, continue".



Langkah 6
Untuk langkah ini, kita perlu mengemaskini nama server asal. Catatkan (copy - paste) dan simpan kedua-dua tetapan yang diberi (seperti contoh di bawah) untuk memudahkan anda menukarnya di lain masa.


Note: Setiap hosting, tetapannya adalah berbeza.



Untuk memasukkan tetapan baru pada server, kita perlu log masuk ke panel hosting/domain. Setiap hosting mempunyai panel atau antaramuka yang berbeza di antara hosting yang lain. Misalnya, seperti di bawah:

Dalam contoh di atas, anda perlu isikan atau gantikan kedua-dua "Nameservers" iaitu Nameserver 1 dan Nameserver 2 dengan tetapan baru yang berwarna hijau.

Sebaik sahaja selesai, tekan butang "save" atau yang berkaitan dengannya. Bergantung kepada hosting anda.



Langkah 7
Setelah berjaya mengemaskini nama server yang baru, kembali ke laman Cloudflare untuk langkah yang terakhir iaitu "I've Updated my name servers, continue".

Selesai Tutorial!


Anda juga mungkin ingin menambah lencana web (web badges), kan? Ia mungkin sebagai peringatan kepada mereka yang cuba-cuba ingin bermain dengan laman anda :)


Anda boleh dapatkannya di SINI.


NOTA PENTING:

  1. Jangan panik sekiranya anda mengalami situasi di mana laman anda tidak dapat diakses untuk seketika. Kadang-kala ia berlaku disebabkan pertukaran tetapan pada nama server. Ia juga mungkin menyebabkan anda terpaksa menunggu sehingga 24 jam sebelum DNS berjaya dikemaskini dan dibaca oleh semua server!
  2. Jika anda tidak dapat mengakses cPanel, cuba dua kaedah iaitu: direct.yourdomain.com/cpanel atau direct.yourdomain.com:2082
  3. Sekiranya anda menggunakan SSL, jangan gunakan CloudFlare. Jika anda mahu juga SSL dan Cloudflare, gunakan hanya SSL yang dikeluarkan oleh Cloudflare.

6 pengkritik:

Mr.Kerro on 14/2/11 11:43 PG berkata...

fuh bgus ni bro!..aku cuba..tp ni utk selfhosted je kan??..kalau dorg guna Blogger xbleh la sbb bukan self-hosted?..

bro dh ping kt GB??

Hairi Ahmad on 14/2/11 2:36 PTG berkata...

Dah ping kat GB :)

yerp...utk host sendiri. cloudflare ni kira CDN free yang terbaik. boleh aktif dan deaktif bila2 masa...

muss on 16/2/11 8:16 PG berkata...

Sangat berfaedah, terima kasih atas info

BroZooL on 17/3/11 12:20 PTG berkata...

Bagus artikel ni, tapi bro..na tanya sikit, kat CPanel mana nak cari Name Server tu? Dalam Cpanel dia tulis sebagai apa?

BroZooL on 17/3/11 3:09 PTG berkata...

xper bro.dah dapat dah..thanx for the info and tutorial..

Hairi Ahmad on 19/3/11 11:27 PTG berkata...

Orait...
tahnniah sbb dh dapat ;)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template