05 Februari 2011

Part 2: Mudahkah Membangunkan Laman Web Sendiri?


" Masa sudah berubah. Pembangunan web juga sudah dipermudahkan dengan pelbagai tools, framework serta platform yang disediakan. Malah, murid sekolah rendah juga mampu membangunkan sebuah laman web jika diberi peluang dan tunjuk ajar yang betul "
Mungkin kita sudah ada jawapannya, kan? Jadi, apa tunggu lagi...jom, kita membina laman web!

Sekejap! Please note...

  • Adakah bermaksud, apabila siap dibangunkan ia terus berfungsi untuk selamanya?
  • Keselamatannya pula bagaimana?
  • Kita sudah ada tools, adakah juga kita sudah sediakan bahan-bahannya?
  • Pandai grafik dan Photoshop?
  • Tahu HTML sebagai bahasa pembangun web yang asas?

Sekiranya persoalan di atas gagal untuk kita sedia dan maklum, secara matematiknya kita bakal menemui jalan buntu. Begini, sebagai contoh, kalau pun saya dibekalkan dengan ramuan dan peralatan memasak yang canggih sekali pun, belum tentu lagi saya mampu memasak makanan yang lazat, kan? Iyalah, tanpa kemahiran memasak saya mungkin tidak tahu ramuan mana yang perlu dimasukkan terlebih dahulu. Mungkin juga semuanya hangus... :)

Jadi, apa itu Pembangunan Web?

Pembangunan menerangkan tentang proses-proses dan keperluan sebelum, semasa dan masa depan sesuatu laman web yang hendak dioperasikan. Dengan kata lain, kerja keras kita perlu dilakukan secara berterusan.

Tidak perlu pergi terlalu jauh. Lihat saja bangunan-bangunan yang ada di sekitar kita. Ada berbagai-bagai bangunan dibina untuk pelbagai tujuan. Belum lagi kita kelaskan jenis, reka bentuk, bahan binaan, dan sistem keselamatan di dalamnya. Ianya sentiasa terjaga dan tahan lama melalui penyelenggaraan berkala, pengemaskinian serta modifikasi atau pengubahsuaian. Ia dibuat berterusan, kan?

Ikutkan hati, kita mahukan sebuah laman web yang mudah dihasilkan. Kalau boleh, ianya siap dalam sekelip mata. Sebab itu, tidak hairanlah jika kita lihat ada juga pihak yang menjadikan blog mereka sebagai laman web rasmi. Tapi, bersangka baiklah...berkemungkinan besar dia mahukan sebuah web tetapi tidak mampu untuk membinanya sendiri. Jadi, alternatif terbaik untuknya ialah memangsakan blog!

Justeru, sedikit sebanyak cuba-cubalah persiapkan apa yang sepatutnya. Ini kerana pembangunan laman web adalah sesuatu yang menarik. Saya sendiri cukup obses dengannya. Namun, untuk menyampaikan apa yang saya tahu, saya akan cuba permudahkan tanpa ayat-ayat semantik dan terms yang jarang ada dalam vocab kita seharian.

Err...kalaulah ada juga, maafah :)

...Bersambung lagi dalam "Keperluan dan Platform Sesebuah Laman Web".

0 pengkritik:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Apa sajalah, asalkan ilmu! Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template