Balik sahaja dari masjid, rasa tak sabar nak menulis artikel berkaitan haramnya Valentine's Day ni. Manakan tidak, inilah kali pertama rasanya saya mendengar khutbah Jumaat yang berkaitan dengan Valentine's Day di negeri Selangor.
Jadi, perkara yang baik, elok juga dikongsi dan diambil pengajaran darinya, kan? Sambil-sambil tu, boleh juga kita jadikan khutbah ini sebagai rujukan di kemudian hari nanti.
Intipati Khutbah:
- Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram.
- Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.
- Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak.
- Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Anfal ayat 63:
Sejarah Sambutan Valentine's Day:
Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu, orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.
Pembaca juga boleh membaca atau memuaturun kandungan penuh khutbah Jumaat ini di sini --> Laman Web JAIS.
P/S: Jangan lupa juga, tunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada 15 Februari 2011 :)
2 pengkritik:
Haram... FULLSTOP
siapa kata haram..yang islam tulh yg lbh2 kalau valentime day..tak payah nak kata haram..
Catat Ulasan