Chrome...jenama pelayar yang pantas sahaja mendapat tempat di kalangan pengguna internet walaupun baru sahaja diperkenalkan kepada pengguna platform Windows lewat tahun 2008. Sehingga Januari 2011, ia merupakan pelayar internet ketiga paling banyak digunakan selain daripada Firefox dan Internet Explorer.
Namun, secara peribadinya, saya lebih menggemari Chrome berbanding kedua-dua browser tu, di samping ianya lebih ringan dan stabil. Kalau nak diikutkan, nak saja dibuang Firefox dan IE dari komputer ni sebab selalu sangat menimbulkan masalah...seperti crash, add-on lambat update, berat...
Baik...kita hentikan dulu perbandingan tu. Sekarang ni, kita nak rewind balik ingatan mengenai "Pintasan Kekunci" samada yang selalu atau jarang kita gunakan....hmm, memang ada antaranya dah ada pada menu browser.
HOME: Skrol terus ke halaman atas - "top".
END: Skrol terus ke bahagian halaman bawah - "footer".
PAGE-UP: Skrol ke atas sedikit.
PAGE-DOWN: Skrol ke bawah sedikit.
CTRL+N: Membuka tetingkap baru.
CTRL+<Link>: Membuka pautan pada tab baru.
CTRL+SHIFT+N: Membuka tetingkap baru dalam mod incognito.
SHIFT+<Link>: Membuka pautan pada tetingkap baru.
CTRL+T: Membuka tab baru.
CTRL+SHIFT+T: Membuka tab terakhir yang telah ditutup.
ALT+F4: Menutup tetingkap semasa.
CTRL+1: Pindah ke tab pertama.
CTRL+2: Pindah ke tab kedua.
CTRL+3: Pindah ke tab ketiga.
CTRL+4: Pindah ke tab keempat.
CTRL+5: Pindah ke tab kelima.
CTRL+6: Pindah ke tab keenam.
CTRL+7: Pindah ke tab ketujuh.
CTRL+8: Pindah ke tab kelapan.
CTRL+9: Pindah ke tab terakhir.
CTRL+TAB: Pindah ke tab seterusnya.
CTRL+PAGE DOWN: Pindah ke tab seterusnya.
CTRL+SHIFT+TAB: Pindah ke tab sebelumnya.
CTRL+PAGE UP: Pindah ke tab sebelumnya.
CTRL+W: Menutup tab semasa atau pop-up tetingkap.
CTRL+F4: Menutup tab semasa atau pop-up tetingkap.
ALT+HOME: Membuka laman default.
CTRL+O: Membuka fail pada browser.
CTRL+H: Melihat History.
CTRL+J: Melihat Downloads.
SHIFT+ESC: Melihat Task Manager Chrome.
CTRL+P: Cetak halaman semasa.
F5: Reload halaman semasa.
ESC: Menghentikan loading halaman semasa.
ALT+<Link>: Pautan muaturun.
CTRL+F: Membuka kekotak dialog 'Find in page'.
CTRL+U: Melihat "source code" untuk halaman semasa.
CTRL+D: "Bookmark" halaman semasa.
CTRL+PLUS: Membesarkan teks.
CTRL+MINUS: Mengecilkan teks.
CTRL+0: Kembali pada saiz teks asal.
Browser dah best...cuma yang tak bestnya ialah setakat hari ni, laman web rasmi kerajaan Malaysia tidak mesra Chrome.
3 pengkritik:
Setuju mengenai firefox, tapi firefox ade banyak add-on ..rasa rugi lak nak buang!.. kan?
betul bro...bukan tu shj, laman web kerajaan masih lg perlukan Firefox dan IE. so, terpaksa la akur :P
add-on firefox lah yg membuatkan ku setia...
Catat Ulasan